Apa Sebenar Kebenarannya – PROJEK LYNAS

Disamping namanya, elemen unsur nadir bumi banyak terdapat dalam kerak bumi tetapi agak sukar dilombong dan diekstrak berbanding logam lain kerana ciri-ciri kimia dan tebaran geografi, seterusnya untuk mendapatkan unsur ini melibatkan kos yang tinggi

Logam nadir bumi digunakan secara meluas dalam penghasilan industri termasuk penukar pemangkin, turbin angin,bateri kereta hybrid,pemacu cakera,telefon bimbit dan pemapar skrin rata.

Permintaan sedunia terhadap unsur nadir bumi meningkat secara mendadak dan dijangka melebihi sumber yang sedia ada.pada masa kini china menghasilkan 97% sumber kepada pasaran.

Nadir bumi & aktiviti radioaktif

Aktiviti ekstraktasi nadir bumi telah menimbulkan kebimbangan terhadap persekitaran & keselamatan kerana bijih yang mengandungi nadir bumi seringkali akan ade bersama mineral yang mengandungi elemen radioaktif seperti uranium & thorium.

Isu kesihatan & keselamatan yang perlu ditekankan termasuk perlindungan radiasi untuk pekerja,orang awam & persekitaran, pengankutan bahan mentah dan pengurusan sisa buangan.

Dalam kehidupan seharian manusia terdedah dengan paras radioaktif yang rendah. Contohnya thorium yang secara semulajdinya terdapat dalam tanah, batu, dalam & permukaan air, tumbuhan & haiwan dalam kepekatan yang sangat rendah. Penghadaman makanan & air pada paras radioaktif yang rendah tidak akan membahayakan manusia.

Limitasi pendedahan kepada radiasi yang telah ditetapkan oleh AELB adalah dalam milisieverts (mSv)/setahun dalam jumlah activity harian kita adalah seperti dibawah:

Merokok sekotak rokok sehari 0.20
Perubatan atau x ray pergigian 0.39
Tidur disebelah seseorng selama 8jam 0.02
Menonton TV selama 2 jam setiap hari 0.01
mengunakan terminal computer 0.001

(Source: United Nations Scientific Committee on the Effects of Atomic Radiation, 1982, 1993, 2000; United Nations Environment Protection Agency; US Department of Energy; Health Physics Society)

Project Lynas

Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) adalah milik subsidiari penuh Lynas Corporation Ltd of Australia. Syarikat ini menghasilkan & memasarkan nadir bumi & produk-produk berkaitan.

Lynas bercadang untuk mengimport bijih nadir bumi dari lombong di Gunung Weld di Barat Australia, diangkut ke pengkalan Fremantle dan dihantar ke Kuantan dengan kapal seterusnya aktiviti pemprosesan di Kawasan Estet Industri di Gebeng Pahang.
Di Gebeng, loji Lynas akan mengekstrak nadir bumi dari bijih untuk di eksport. Menurut pihak Lynas sisa buangan dari proses ekstraktasi akan digunakan untuk tujuan penghasilan produk-produk komersial.
Menurut pihak Lynas, Gebeng dipilih sebagai loji kerana :

berhampiran pelabuhan Kuantan
kemudahan sumber gas,air & bahan kimia
kemudahan mendapatkan pekerja yang berkebolehan

Lesen Perkilangan :

Pada 22 Jan 2008, Lynas telah diberikan lessen untuk menghasilkan hasil oksida & karbonat nadir bumi di Estet Industri Gebeng, kuantan.

Kebennaran diberikan atas beberapa syarat untuk dipenuhi, yang mesti mematuhi seperti berikut ;

Akta Tenaga Atom 1984
Akta Kualaiti Persekitan 1974.

Keperluan Permatuhan Kerja :

Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dibawah pengurusan Atomic Energy Licencing Board (AELB). AELB bertanggungjawab untuk memantau & menilai impak radiasi projek Lynas sepanjang peringkat pembangunan sehinggga operasi. Ini termasuk perkara-perkara yang berkaitan perlindungan radiasi (tempat kerja, awam & persekitaran), keselamatan, pengurusan sisa buangan, pengangkutan,penutupan loji & pembersihan persekitaran yang diakibatkan oleh radiasi.

Department of Environment (DOE) adalah agensi yang bertanggungjawab mengenai perlaksanaan mengikut piawaian Akta Kualiti Persekitaran 1974. Akta ini memberi panduan tentang isu yang berkaitan dengan pencegahan, menghentikan & mengawal pencemaran & menambah baik persekitaran (selain bahan radiaktif & bahan buangan radioaktif)

Standard keselamatan & aplikasi amalan yang baik yang wajib dijalankan oleh kedua-dua badan ini hamper sama atau sama dengan badan-badan yang diiktiraf antarabangsa

.Status Permatuhan Kerja :

Lynas memulakan perancangan & pembinaan loji di Estet Industri Gebeng sebaik sahaja menerima lesen. Pada April 2011, syarikat ini menyatakan pembinaan telah mencapai tahap 40% dan dijangka siap pada September 2011.

AELB mengesahkan Lynas mematuhi standard kesihatan & keselamatan sehingga hari ini. Lesen untuk tapak & pembinaan telah dikeluarkan untuk syarikat ini.Peringkat seterusnya adalah proses pengesahan berperingkat simana Lynas perlu memohon lesen pra-operasi kepada AELB. Sehingga hari ini , syarikat inii masih belum membuat permohonan. Setelah menerima lesen pra-operasi, syarikat perlu memohon & mendapatkan lesen operasi untuk beroperasi sepenuhnya.

Environment Impact Assessment (EIA) Report untuk projek ini telah diluluskan oleh Jabatan Persekitaran pada 15 Febuari 2008. Jabatan ini telah mengesahkan Lynas telah mematuhi segala syarat & keperluan EIA.

Radiological Impact Assessment (RIA) yang diuruskan oleh Nuklear Malaysia mengesahkan operasi yang dicadangkan loji Lynas tidak akan membahayakan pekerja & kediaman persekitaran hasil radiasi yang jauh lebih rendah dari had yang telah dibenarkan pihak berwajib.

Nuklear Malaysia juga telah mengesahkan tahap pendedahan radiasi di Loji Lynas kepada pekerja (2mSv/yr) dan kawasan kediaman sekeliling loji (0.002mSv/yr) masih didalam had yang ditetapkan AELB.

Keputusan untuk melantik Panel Pakar Bebas Antarabangsa

Pada April 2011, kerisauan orang awam terhadap keselamatan projek ini menjadi bualan, kerajaan telah mengumumkan untuk melantik panel bebas antarabangsa yang lebih pakar.

Semntara menanti penilaian ini, kerajaan juga telah berkeputusan ;
Lesen pra-operasi tidak akan dikeluarkan kepada Lynas oleh AELB
Tiada import bahan mentah dari Australia untuk loji ini.
Penilaian yang dibuat adalaha untuk memastikan pembinaan fasiliti mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa

Ahli Panel Bebas Antarabangsa :

Dipenghujung April 211, kerajaan telah melantik Internaional Atomic Energy Agency (IAEA) di Vienna Austria bagi menubuhkan pasukan profesianal untuk:

Menilai projek Lynas mematuhi International Safety Standards & Good Practice
Member pandangan dari pakar tentang isu keselamatan yang berkaitan tentang keselamatan radiasi.

Skop penilaian termasuk :

perlindungan radiasi (tempat kerja,orang awam & persekitaran)
(penilaian keselamatan)
(pengurusan sisa buangan)
(pengangkutan)
(penutupan & penghapusan kesan pencemaran di persekitaran)

Pada 13 May 2011, kerajaan telah mengumumkan perincian Panel IAEA. Panel-panel terdiri dari ketua & 9 ahli : 4 dari IAEA & 5 dari Negara ahli IAEA. Kesemua panel merupakan pakar yang diiktiraf dalam bidang masing-masing & mempunyai pengetahuan tentang standard IAEA secara khasnya yang melibatkan pemprosesan nadir bumi.

Butiran Gerak Kerja ahli panel :

Panel akan memulakan kerja-kerja penilaian pada 29 May 2011. Semasa 6 hari lawatan, panel telah dijadualkan akan bertemu dengan wakil kerajaan & Lynas, & menerima pembentangan dari wakil setempat termasuk, wakil penempatan, persatuan komuniti, NGO & badan professional.
Kerja-kerja penilaian & laporan penilaian oleh panel akan dihantar kepada kerajaan dijadualkan pada 30 Jun 2011.
Kerajaan juga akan mengumumkan hasil laporan daripada panel kepada rakyat…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s