Nor Azli dakwa mufti syaitan bercakap

KUALA LUMPUR 5 Jun – Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa sekali lagi bertindak biadab apabila mendakwa mufti sebagai syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu.

Dakwaan itu dibuat kerana mufti di negara ini kononnya membisu dalam isu yang jelas bercanggah dengan syarak yang dinyatakan dalam al-Quran.

Kenyataannya itu merujuk kepada isu budaya fitnah yang kononnya dibawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi memenangi pilihan raya umum di negara ini.

“Seolah-olah mufti hari ini tentang bab lain dia berani bangkit. Terutamanya mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria). Apabila sebut dia marah… Seolah-olah mufti Perak mufti poco-poco, mufti yoga.

“Seolah-olah mufti hanya melihat tari-tarian… Boleh beri fatwa tentang poco-poco, tentang yoga tetapi isu-isu hari ini yang jelas nyata dalam al-Quran yang bercanggah dengan syarak, mereka membisu.

“Kalau mereka syaitan bisu tak apa juga. Tetapi mereka ini seolah-olah syaitan yang bercakap. Buat kenyataan media sana-sini… Dia bukan bisu tetapi syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika tampil bagi menyokong usul dibawa Mohd. Fadzil Mohd. Noor yang mengutuk fitnah menggunakan video pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar di sini hari ini.

Ini bukan kali pertama Nor Azli bersikap biadab sebegitu. Sebelum ini beliau pernah menggelar Harussani sebagai ‘Haramsani’ kerana mendakwa mufti Perak itu tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Tidak terhenti di situ, Nor Azli turut memberi ‘ingatan’ agar rakyat tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka akan menerima bala daripada Allah SWT.

“Disebut dalam Hadis Qudsi di mana Allah berfirma, ‘Aku bala umatmu 40,000 yang baik-baik kerana mereka tidak pernah murka dengan orang yang melakukan perkara yang aku murkai malah boleh makan, minum dan sekongkol pula dengan golongan itu’.

“Oleh itu bangkitlah, jangan sekali-kali kita menyetujui atau menyokong UMNO dan BN kerana walaupun kita sembahyang, pergi haji dan pergi umrah… Tetapi kalau kita bersekongkol dan menyokong mereka (UMNO dan BN), maka kita pasti akan dibala Allah SWT,” ujarnya.

Sumber :http://www.utusanonline.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s