JAWED KARIM ~ SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH YOUTUBE

Jawed Karim

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Sebilangan daripada kita yang terdedah dengan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) walaupun tidak pernah menggunakan YouTube, tetapi pasti pernah mendengar mengenainya.
  • Sebenarnya  laman perkongsian video YouTube dibina oleh sekumpulan tiga anak muda iaitu :

1.   Chad Hurley

2.   Steve Chen

3.   Jawed Karim

  • Kini laman YouTube dibeli hak milik oleh Google dengan nilai RM 5 billion.
  • Jawed dilahirkan pada 1979 di Merseburg, Jerman Timur dan berpindah ke Jerman Barat pada 1980 sebelum kedua-dua engara bergabung membentuk negara Jerman seperti yang wujud pada hari ini.
  • Bapanya kelahiran Bangladesh, Naimul Karim seorang penyelidik di Syarikat  3M, manakala ibunya Christine Karim, pembantu profesor dalam bidang biokimia di Universiti Minnesota, Amerika Syarikat (AS).
  • Karim membesar di Jerman dan keluarganya berpindah ke AS pada 1992.
  • Beliau melanjutkan pelajaran di Central High School (Saint Paul, Minnesota) dan kemudian ke University of Illinois di Urban-Champaign.
  • Jawed memilih universiti berkanaan kerana ia merupakan tempat pencipta Netspace, Marc Andreessen dan beberapa laman web terkenal dunia.
  • Karim meninggalkan kampus selepas menamatkan pengajian dan bertugas di PayPal tetapi pada masa yg sama menyambung pelajaran dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer pada 2
    004.
  • Semasa bertugas di PayPal, beliau bertemu dengan Chad dan Steve. Tidak lama kemudian mereka bertiga mencipta dan membangunkan laman web perkongsian video YouTube pada 2005.

 

Ibupejabat terawal YouTube di San Mateo

  • Selepas mengasaskan dan mmbangunkan konsep YouTube, Jawed mendapat tempat sebagai pelajar sarjana sains komputer di Universiti Stanforddan dalam masa yang sama bertindak sebagai penasihat YouTube.
  • Apabila YouTube diambil hak milik oleh Google, Karim menerima 137,443 saham berkenaa
  • Ketika dua rakan kongsinya bergelut membina syarikat dan menjadi selebriti media dan internet, Jawed lebih senang menumpukankepada pengajian. Walaupun dicanang sebagai jutawan muda tetapi Jawed menggambarkan diriny asebagai ulat buku yang gemarkan ilmu pengetahuan.
  • Impian Jawed adalah untuk memudahkan dan memberikan kandungan yang menarik orang ramai menggunakan internet – yang telah dilaksanakan. Anak muda yang bercita-cita menjadi professor ini berharap akan mengikut jejak langkah para akademik Stanford lain yang bukan saja kaya-raya tetapi juga mencurahkan ilmu dengan mengajar.
  • Jawed melahirkan idea mengenai laman web perkongsian video kepada ahli kumpulannya tetapi sumbangan Chad dan Steven menjadikannya satu kenyataan ~ YouTube.
  • Seawal Februari 2005, apabila laman web berkenaan diperkenalkan, Jawed berkata, mereka bersetuju beliau tidak akan bekerja di sana tetapi sebagai penasihat tidak rasmi YouTube.  Malah Jawed tidak mengambil gaji, faedah atau sebarang jawatan tetapi beliau hanya memberikan tumpuan dalam pengajian.
  • JAWED BERKATA : MENCIPTA DAN MEMBANGUNKAN SESUATU YANG BARU ADALAH SATU PROSES DALAM KEHIDUPAN.
  • Tidak berenggang dengan kamera video, Jawed merakamkan usia awal YouTube termasuk perjumpaan mereka membincangkan mengenai pelbagai strategi sebelum menubuhkan syarikat.
  • Pada mulanya YouTube hanya mempunyai 50 hingga 60 video tetapi kini semakin ramai orang mengambil bahagian dalam laman web berkenaan.

Ibupejabat YouTube di San Bruno 2006 - 2010

 

 

 

 

 

 

 

 

Lain-lain info :

Steve Jobs and Steve Wozniak, the most famous members of the Homebrew Computer Club, designed the Apple I in 1976. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s