PROJEK LEBUHRAYA KOTA BHARU – KUALA KRAI

 

 

 

 

KOTA BHARU :

Kerajaan Negeri memberi jaminan mengenakan tol minimum dan tidak membebankan kepada pengguna Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai yang akan dibina secara swasta kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya mempertimbangkan segala aspek untuk menentukan kadar tol terbabit supaya kadarnya boleh diterima rang ramai yang bakal menggunakan laluan utama tersebut.

“Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai penting untuk rakyat Kelantan. (Bagaimanapun) Kita akan kenakan tol yang tidak membebankan rakyat,” katanya di sini, semalam.

Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai merupakan sebuah projek swasta bagi membangunkan sebuah lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai. Laluan ini akan melalui beberapa bandar kecil seperti Ketereh, Kok Lanas, dan Machang.

Lebuh raya ini juga akan bersambung dengan Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine Expressway) di Kuala Krai, Kelantan.

Projek tersebut diluluskan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat 10 Ogos lalu. Jika ia berjaya dilaksanakan ia mampu mengurangkan kadar kesesakan teruk di laluan Kuala Krai-Kota Bharu khususnya di musim perayaan.

Sehubungan itu, Husam berkata, pihaknya menubuhkan jawatankuasa teknikal terdiri daripada peguam, jurutera dan lain-lain untuk menasihatkan kerajaan bagi mengurangkan kos pembinaan sekali gus mengurangkan kadar tol.

”Dalam RMK-9 (Rancangan Malaysia ke-9) kita dah cadang kepada Pusat dan diperuntukkan dalam RMK-9, tetapi peruntukan itu ditarik balik dalam RMK-10. Kita telah merayu kepada pusat tetapi belum dimasukkan dalam RMK-10,” katanya.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, rakyat seharusnya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah kerana pelbagai kebajikan akan diberikan termasuk mengambil alih lebuh raya tersebut sekali gus menghapuskan tol.

”Jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, kita akan mintak bayaran royalti Kelantan dibayar kepada Kerajaan Negeri. Jadi dengan duit royalti itu kita akan ambil semula lebuh raya itu dan akan hapuskan tol,” katanya.

Sebelum ini, Husam berkata, Kerajaan Negeri serius untuk membina lebuh raya terbabit dan pengumuman pembinaan bukan kenyataan politik semata-mata.

Namun begitu, baru-baru ini penulis dikejutkan dengan berita dari seorang facebooker di wall Rakan FB Parlimen Lumut yang mengatakan bahawa Lebuhraya tersebut telah pun siap sepenuhnya dan telah digunakan oleh pengguna lebuhraya ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Lebih membanggakan katanya, tidak ada tol yang dikenakan.

Bagi menyakinkan bahawa kenyataan rakan itu adalah benar, penulis cuba bertanyakan jika  projek tersebut baru diluluskan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat 10 Ogos lalu , TENTULAH MUSTAHIL HIGHWAY SEPANJANG 63 KM DAN BERNILAI RM1.9 BILLION BOLEH SIAP DALAM MASA TIDAK SAMPAI SEBULAN…. TETAPI …. TAK TAHULAH PULAK JIKA ADA JIN DAN SETAN  YG TOLONG BUAT HIGHWAY TU…!!!!!

Rupa-rupanya jalan yang rakan tersebut maksudkan adalah jalanbaru Kota Bharu – Kuala Krai dan bukan highway Kota Bharu – Kuala Krai. Penulis tersenyum sendirian…. begitukah juak PAS sehingga tidak tahu membezakan jalanraya biasa dan lebuhraya…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s