BAJET BAYANGAN PR YANG TIDAK BERASAS

PR memperkenalkan belanjawan yang bertemakan ‘Kesejahteraan untuk semua’ dibuat oleh Penasihat RM 1 selangor yang berkelulusan Ijazah Pengajian Melayu iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan RM220 bilion yang didakwa melibatkan penjimatan sebanyak RM14 bilion berbanding peruntukan yang dibelanjakan kerajaan. Tanpa mengetahui perkara-perkara asas dalam ekonomi.

Menariknya Janji-janji PR sebelum ini seperti bantuan RM100 yang dijanjikan kepada warga emas sebelum ini belum mampu dilaksanakan, hari ini mereka menjanjikan perkara yang sama malah menambah sehingga RM1,000 untuk tempoh setahun termasuk bayaran bonus kepada suri rumah dan menyelaraskan penerima bantuan kebajikan kepada RM550 sebulan.

Antara lain Belanjawan itu juga mengariskan , akan memperkenalkan gaji minimum sebanyak RM1,100, pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500, peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambah baik skim latihan vokasional dan RM1 bilion untuk perumahan awam.semetara Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion. Anwar juga secara sinis berkata, bajet bayangan itu akan diciplak kerajaan untuk dimasukkan dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.

Didalam belanjawan bayangan itu juga mereka turut ‘meniru’ beberapa perkara yang sedang diusahakan kerajaan antaranya pengurangan pekerja asing menjelang 2015, pembangunan luar bandar termasuk menyasarkan penglibatan 55 peratus wanita dalam tenaga kerja menjelang tempoh sama.

Ahli akademik, Dr. Chandra Muzaffar berkata, bagi merealisasikan belanjawan tersebut, pembangkang sepatutnya menyatakan juga sumber-sumber mereka. “Butiran yang dinyatakan oleh pihak pembangkang itu jelas menunjukkan mereka tidak mengetahui pelaksanaan struktur dan landskap ekonomi.

Sementara itu, pensyarah ekonomi Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Amir Baharuddin berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bermimpi ketika menyediakan belanjawan tersebut.“Belanjawan pembangkang itu tidak akan dapat direalisasikan pada tahun depan mahu pun pada tahun-tahun akan datang kerana seluruh dunia kini sedang berhemat dan berusaha mahu mencapai pertumbuhan. Menurut beliau juga “Kerajaan tidak akan meniru atau menciplak belanjawan palsu itu ekoran peruntukan tersebut tidak berasas kerana pada tahun depan negara akan menghadapi cabaran cukup getir apabila negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah sedang mengalami kemerosotan

Penganalisis ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, pembangkang boleh merancang apa sahaja kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi.“Bagaimanapun, pembangkang sepatutnya menunggu kerajaan membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat ini terlebih dahulu sebelum mahu mencadangkan perkara baru.“Merangka belanjawan bukanlah semudah seperti yang dilakukan oleh pembangkang kerana saya pernah berkhidmat dalam Kementerian Kewangan selama 27 tahun,” katanya.

Tun dr Mahathir pula mengulas tentang pekara tersebut berkata “Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada.” “Duit yang kita tak kawal memang senang mahu belanja,” “Kita boleh buat apa pun seperti janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang pilihan raya,” “Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah,” kata Dr. Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Hakikatnya PR gemar bermain dengan retorik dan janji-janji palsu yang tak mampu dibuat dan bersifat dangkal serta pembohongan , sebagai contoh lain janji 16 september dan hukum hudud sehingga kini tak mampu lagi dilaksanakan.

   Pakatan pembangkang membentangkan apa yang mereka label sebagai bajet alternatif. Bajet yang akan membelanjakan wang negara sebanyak RM220 billion ini dikatakan sebagai bajet untuk kesejahteraan rakyat. Teman tak mau komen panjang, tapi memang senang main tabuh je janji nak belanja, sebab dema tak payah nak keluar duit sekupang pun. Mereka hanya pandai berjanji, janji yang bermodalkan air liur sahaja.  Budak sekolah tahun 3 pun boleh. Sedangkan janji nak bagi duit kepada warga emas di Selangor pun belum ditunaikan lagi sampai hari ni. Tu pun berapa sen sangat. Di Pulau Pinang pulak, janji rejim anak jantan Kitsiang untuk beri duit kepada rakyat miskin ditunaikan dengan guna duit lumba kuda!

Ahli akademik yang juga merupakan bekas Timbalan Presiden PKR berkata, Kelemahan pembangkang jelas terserlah apabila bertindak memperkenalkan belanjawan yang bertemakan ‘Kesejahteraan Untuk Semua’ hari ini tanpa mengetahui perkara-perkara asas dalam ekonomi. Belanjawan itu tidak akan dapat direalisasikan sama pada tahun depan atau tahun-tahun akan datang kerana seluruh dunia kini sedang berhemat dan berusaha mahu mencapai pertumbuhan.

Sementara itu, Presiden Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd. Fazil Abdullah berkata, belanjawan seharusnya berlandaskan realiti serta kajian dan bukan hanya berlandaskan retorik politik semata-mata. Belanjawan tanpa kajian menyeluruh hanya lah janji semata-mata dan ini menyerlahkan lagi sikap tidak bertanggungjawab pembangkang.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s