MAJLIS PENERANGAN PERDANA dapat sambutan luar biasa

 

NAJIB Tun Razak melambaikan tangan selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUM PUR 9 Okt. – Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini mendapat sambutan yang luar biasa apabila dihadiri lebih 8,000 orang.

 

Selain orang ramai, majlis yang merupakan sebahagian daripada siri penjelajahan Barisan Nasional (BN) bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu semasa itu turut dihadiri ahli komponen BN dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

Malah, Dewan Merdeka penuh sesak ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucaptama yang merupakan acara kemuncak majlis itu sehingga menyaksikan ramai yang hadir terpaksa duduk bersila.

 

Turut berucap pada acara kemuncak itu ialah Ketua Penerangan UMNO yang juga Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

 

Pertama kali diadakan di Kedah pada 10 September lalu, Majlis Penerangan Perdana itu akan diadakan secara berperingkat di seluruh negara sehingga 30 Oktober ini dengan Sabah menjadi destinasi terakhir.

 

Ia merupakan hasil inisiatif Biro Publisiti dan Penerangan BN sebagai platform mendekati rakyat untuk memberi gambaran sebenar tentang usaha dan inisiatif kerajaan sekali gus menjadi persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 .

sambutan luar biasa

Di dalam ucapan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  mengingatkan semua ahli Barisan Nasional (BN) supaya tidak mencipta masalah yang boleh memberi kesan kepada kekuatan parti.

Kata beliau, kesepakatan dan perpaduan dalam parti sangat penting ketika gendang Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir kedengaran.

“Untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13, semua ahli BN perlu turun ke gelanggang dengan semangat untuk menang.

“Maka, untuk menjamin kita boleh menang, kita perlu membuat persiapan secara menyeluruh dalam memastikan tahap kesiapsiagaan yang menentukan sama ada kita sudah bersedia atau tidak,” katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Najib menambah, kesiapsiagaan yang dimaksudkan beliau termasuk mengelak perbalahan sesama sendiri, tidak mewujudkan puak dalam parti serta cantas-mencantas kerana perasaan tidak puas hati.

Beliau turut menekankan pentingnya setiap parti komponen BN untuk bersepakat dalam pembahagian kerusi dan tidak bermain tarik tali mengenainya.

Dalam masa sama, Najib berpesan kepada semua parti komponen BN supaya tidak memilih dalam menabur bakti dan jasa kepada rakyat meskipun mereka jelas tidak memberi sokongan kepada kerajaan.

“Jangan kita sombong dan angkuh kepada rakyat dan jangan sesekali menabur janji kosong, sebaliknya tunaikan apa yang telah kita janjikan,” katanya.

Di hadapan kira-kira 8,000 penyokong BN pada majlis itu, Najib turut menekankan bahawa adalah sesuatu yang mustahak untuk BN memenangi semula Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memandangkan ia merupakan ibu kota negara.

Ini kerana katanya, beliau tidak mahu BN dikenali sebagai parti kampung yang hanya golongan luar bandar seperti petani dan nelayan menyokong parti itu.

“Sebaliknya, kita perlu membuktikan bahawa semua kumpulan masyarakat termasuk golongan pertengahan serta profesional di bandar-bandar besar terutama Kuala Lumpur turut menyokong BN,” katanya.

Di akhir ucapannya, Najib mengingatkan BN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk bersedia mengakui kelemahan dan memperbaikinya.

Beliau menggesa supaya BN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khususnya serta seluruh jentera BN amnya untuk bekerja lebih keras iaitu seboleh-bolehnya tujuh hari seminggu memandangkan gema pilihan raya semakin jelas.

Antara inti pati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Rajak dlm Majlis Penerangan Perdana :

  • bila ingin bertarung, tahap kesiapsiagaan perlu mantap. Paling penting jangan buat masaalah. “Don’t create problems”
  • BN bukan sahaja ada ahli BN tetapi juga kekuatan “Friends Of Barisan Nasional”. Tapi semuanya perlu elak masalah dalaman.
  • Masaalah paling besar yg perlu dielak ialah masaalah yg timbul setelah parti memilih “WINABLE CANDIDATES”
  • Elak definisikan diri sendiri sebagai “WINABLE CANDIDATE” dan bila tidak dicalonkan, khianati calon yg terpilih.
  • saya dah 35 tahun dalam politik. Tak sewenang2nya terima laporan “Dato Sri, semuanya OK!!”. Saya nak tengok bukti.
  • Jangan kata di WP ini BN tak boleh menang. Kita boleh menang tetapi kessiapsiagaan kita penting khusnya keseiaan mental
  • yang penting, jgn ada puak dlm parti; jgn bergaduh sesama sendiri; jgn berebut kerusi antara parti komponen; jgn sabotaj
  • BN parti demokratik. Pemimpin dipilih. Tiada “ketua umum”, tiada “penasihat seumur hidup”, tiada anak sendiri S/U Agung.
  • Pembangkang caca merba, asyik main silap mata politik. Buat Bajet Bayangan, tapi Kabinet Bayangan tak berani. Takut berbalah.
  • Pembangkang caca merba, asyik main silap mata politik. Buat Bajet Bayangan, tapi Kabinet Bayangan tak berani. Takut berbalah.
  • Pembangkang tak mampu buat kabinet bayangan sebab nanti Karpal dimana? Hadi di mana? LKS Dimana? Semua akan bercakaran
  • Pembangkang kata Bajet2012 pancing undi…Buku Jingga tu pancing apa? Pada kerajaan yg penting belanja dgn tanggungjawab.
  • saya pergi sarapan tepi jalan di Uptown, begitu ramai rakyat kebanyakan ucap terima kasih kerana Bajet yg baik.
  • ramai cakap mereka dapat rasa secara langsung manfaat Bajet kali ini, bukan sekadar konsep ekonomi yg besar dan kompleks.
  • “Rakyat Didahulukan” bukan sesuatu yg saya canang bila Pilihanraya sudah dekat. Sudah lebih dua tahun kita janji dan tunaikan
  • Bukan seperti sebuah negara Eropah, bukan shj kita tidak potong gaji Kakitangan K’jaan, kita tambahkan lagi.
  • Kita adil kepada semua, bantu semua rakyat secara “equitable”. Bukan terkial2 minta sokongan hanya bila musim Pilihanraya
  • Pemimpin parti jangan jaga penyokong tegar kita sahaja. Jaga semua dalam parti, jaga semua jentera, semua pihak.
  • Kepada Allah Kita Berserah. InshaAllah BN akan menang dengan Besar. Hidup Barisan!!!
Pemimpin tertinggi UMNO perlu memberi pengawasan yang rapi terhadap pemimpin Bahagian yang pernah menganjurkan sabotaj kepada calon mereka sendiri pada PRU12 seperti menutup bilik gerakan, membuang poster-poster pilihanraya dan menyuruh petugas pilihanraya meninggalkan bilik gerakan. Jika gejala ini tidak dibenteras inilah faktor-faktor yang menyebabkan UMNO akan tewas teruk pada PRU13.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s