KENAPA PAS TIDAK BAWA USUL HUDUD KE PARLIMEN???

PAS bercakap di sana sini mengatakan, UMNO menolak hudud.

BELUM pun dilaksanakan, Enakmen Kanun Undang-Undang Jenayah Syariah atau Hukum Hudud Kelantan (HHK) yang diluluskan pada 1993 oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali lagi menjadi bahan bertelagah antara parti pembangkang atas masalah prinsip perjuangan yang dipersetujui untuk tidak memperjuangkan usaha menubuhkan negara Islam.

Tetapi mengapa PAS takut untuk membawa usul mengenai hudud ini ke Parlimen bagi membolehkan hukum ini dilaksanakan.

PAS jangan hanya pandai cakap Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang. Kalau berani, bawalah usul ke Parlimen. Jangan hanya menyalahkan orang sana sini sampai Akta Murtad yang lebih mudah untuk diwujudkan terutama di Kelantan pun dia tak hendak buat, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Kita juga ingin melihat apa reaksi sekutu kuat Pas, iaitu DAP dan PKR, seandainya Pas membawa isu hudud itu ke Parlimen.

Pas juga tidak bersikap realistik dan hanya menggunakan hudud untuk kepentingan politik sehingga sanggup menolak saranan diwujudkan Akta Murtad yang lebih mudah untuk dilaksanakan.

Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membayangkan Akta Murtad tidak diperlukan kerana perkara berkaitan murtad sudah terkandung dalam hudud menunjukkan parti itu tidak bersikap positif dengan sebarang langkah tidak memberi faedah politik kepada Pas.

Menurutnya, Akta Murtad perlu dilaksanakan bagi menangani gejala murtad dalam kalangan umat Islam yang semakin membimbangkan, terutamanya yang membabitkan golongan muda.

“Sebenarnya perkara ini (murtad) bukan sesuatu yang baru kerana dalam Perlembagaan sudah pun disebut cukup jelas. Oleh itu, Akta Murtad ini penting untuk menjaga akidah umat Islam” kata Dr Mohd Puad Zarkashi lagi.

Selanjutnya :

http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9644151.asp

 

One thought on “KENAPA PAS TIDAK BAWA USUL HUDUD KE PARLIMEN???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s