BAJET 2012 ~ KELANTAN “KESEJAHTERAAN BERSAMA KEBERKATAN”

KOTA BHARU 18 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan hari ini membentangkan Bajet 2012 dengan menyaksikan peningkatan defisit kepada RM83.23 juta berbanding RM53.25 juta dalam Bajet 2011.

Bajet dengan tema ‘Kesejahteraan Bersama Keberkatan’ itu dibentangkan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Husam berkata, dalam bajet kali ini, perolehan hasil dianggarkan berjumlah RM430.27 juta, manakala perbelanjaan mengurus pula dianggarkan sebanyak RM513.50 juta.

“Walaupun anggaran hasil tahun 2012 sebanyak RM430.27 juta telah menunjukkan kenaikan berbanding anggaran hasil tahun 2011 yang berjumlah RM410.89 juta, namun kenaikan berkenaan masih tidak mencukupi untuk menampung anggaran perbelanjaan mengurus dan menyebabkan peningkatan defisit berbanding tahun 2011,” katanya.

Menurut Husam, anggaran hasil pada tahun 2012 dijangka meliputi hasil cukai sebanyak RM88.49 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM196.24 juta dan terimaan bukan hasil pula sebanyak RM145.54 juta.

Jumlah tersebut katanya, menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak RM19.38 juta atau lima peratus berbanding anggaran hasil tahun lalu.

Beliau berkata, peningkatan hasil berpunca daripada beberapa semakan semula yang dibuat oleh jabatan-jabatan kerajaan setelah mengambil kira pungutan sebenar hasil yang diperoleh pada tahun 2010 dan sehingga Jun tahun lalu.

“Hasil tanah akan menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM109.46 juta atau 25.44 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM2.24 juta jika dibandingkan anggaran belanjawan tahun 2011 iaitu sebanyak RM107.21 juta.

“Hasil tanah meliputi pungutan cukai tanah sebanyak RM36.97 juta, premium tanah RM37.7 juta, bayaran pendaftaran RM5.68 juta serta bayaran gadaian sebanyak RM3.79 juta,” katanya.

Husam berkata, sektor perhutanan pula menyumbang sejumlah RM118.51 juta meliputi royalti kayu kayan sebanyak RM25 juta, tribute konsesi hutan sebanyak RM4.2 juta, permit dan lesen perhutanan RM1.71 juta dan premium perhutanan sebanyak RM40 juta.

Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran kepada pemilih-pemilik tanah agar menjelaskan premium dan cukai tanah serta tunggakan menerusi kempen dan usaha bersepadu oleh semua Pejabat Tanah.

“Ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam urusan kutipan hasil dan cukai di samping mengenal pasti punca-punca hasil baru,” katanya.

Mengenai anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM513.49 juta, beliau memberitahu, jumlah itu lebih tinggi berbanding RM464.13 juta pada tahun lalu, meningkat sebanyak RM49.36 juta atau 11 peratus.

Jumlah itu katanya, merangkumi perbelanjaan tanggungan sebanyak RM22.90 juta dan perbelanjaan bekalan berjumlah RM490.6 juta.

“Dari jumlah tersebut, RM271.32 juta atau 52.84 peratus adalah untuk pemberian dan bayaran tetap, RM146.55 juta atau 28.54 peratus untuk emolumen, RM77.91 juta atau 15.17 peratus bagi perkhidmatan dan bekalan, RM15.59 juta atau 3.04 peratus untuk aset dan RM2.12 juta atau 0.41 peratus untuk lain-lain perbelanjaan,” jelasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s