LAPORAN AUDIT NEGARA ~ PERAK MEMBERANGSANGKAN

IPOH 25 Okt. – Prestasi memberangsangkan kewangan negeri Perak dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diumumkan semalam dengan sendirinya menafikan fitnah pembangkang kononnya kerajaan negeri akan muflis dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, laporan tersebut juga merupakan satu pengiktirafan kepada pelbagai usaha kerajaan negeri untuk menambah pendapatan serta memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan.

‘‘Reaksi pertama saya ialah dakwaan pembangkang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan dalam akhbar-akhbar sebelum ini bahawa kerajaan negeri diambang bankrap adalah tidak benar sama sekali.

‘‘Pada masa sama, kita akan terus usaha memperbaiki terutamanya dari segi penambahan perolehan dan memikirkan bagaimana apa jua hasil yang diperoleh dapat disalurkan kembali kepada rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Bertemu Pelanggan di sini hari ini.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diumumkan semalam, Kumpulan Wang Disatukan kerajaan Perak pada tahun lepas merekodkan baki sebanyak RM762.33 juta iaitu pertambahan sebanyak RM73.08 juta berbanding 2009 yang hanya mencatatkan RM689.25 juta.

Perak juga mencatatkan peningkatan sebanyak RM150.57 juta dalam kutipan hasil dan peningkatan sebanyak RM104.20 juta dalam pelaburan negeri.

Laporan itu turut menyebut bahawa Rancangan Perumahan Awam (RPA) di negeri ini berjaya mencapai objektifnya untuk menyediakan rumah berkualiti dan selesa kepada golongan berpendapatan rendah.

Zambry berkata, kerajaan negeri akan berusaha keras untuk memperbaiki kelemahan dan masalah dalam pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) seperti dinyatakan dalam laporan tersebut.

‘‘Saya berterima kasih kepada Jabatan Audit Negara atas cadangan-cadangan yang diberikan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan antara faktor yang mempengaruhi prestasi PPR ialah gejala vandalisme serta penguatkuasaan yang lemah dalam perjanjian sewa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s