47K BELIA YANG LAYAK MENGUNDI MASIH BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH

PERGERAKAN Pemuda Umno bahagian di seluruh negara diminta mengenalpasti baki kira-kira 47,000 orang lagi ahli pemuda yang layak mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih dalam Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Pengerusi Biro Pemilih dan Keahlian Pemuda Umno, Hisamuddin Yahya, berkata langkah itu perlu dilakukan segera kerana dikhuatiri mereka tidak sempat mendaftarkan diri sebagai pengundi sebelum Parlimen dibubarkan.

Menurutnya, Jawatankuasa Daftar Pemilih perlu bekerja secara berterusan dan tidak tertakluk kepada sebarang tarikh.

”Mereka (Pergerakan Pemuda) perlu meneruskan tugas masing-masing untuk mengenal pasti ahli Pemuda dan mendaftarkan seberapa banyak yang boleh.

”Langkah tersebut perlu dijalankan secara berterusan dan lebih giat lag memandangkan tarikh sebenar pilihanraya masih belum diumumkan oleh Perdana Menteri.

“Justeru, kita berharap semua jawatankuasa bahagian dapat bekerja sehingga di saat akhir bagi memastikan semaksima mungkin pemuda dapat mengundi pada PRU akan datang.

“Kita yakin jika semua ahli pemuda yang layak mengundi berdaftar sebagai pemilih, sudah pasti Barisan Nasional (BN) akan terus dapat mempertahankan Putrajaya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Hisamuddin berkata, pemuda akan melaksanakan kaedah pengundi angkat bagi setiap kawasanan dengan kaedah 1 Pemuda: 10 pemilih sebagai strategi menghadapi PRU Ke-13 akan datang.

Menurutnya, mengikut kaedah tersebut, setiap pemuda akan mengambil 10 pemilih sebagai pengundi angkat dan mereka akan menyampaikan mesej kerajaan secara bersemuka sekaligus dapat memastikan setiap agenda kerajaan dapat dimaklumkan secara terus kepada pengundi…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s