RAKYAT KELANTAN SEDAR KEGAGALAN PAS

 

 

PUTRAJAYA 1 Nov. – Rakyat Kelantan yang mahukan perubahan kini mula menyokong kerajaan Barisan Nasional apabila menyedari      kegagalan kerajaan negeri pimpinan Pas membangunkan negeri itu, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr.  Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, Kelantan yang begitu jauh ketinggalan dalam pembangunan, pelaburan dan ketiadaan peluang pekerjaan menyebabkan    rakyatnya mula bangkit untuk kembali kepada Barisan Nasional (BN).

“Kelantan yang begitu jauh ketinggalan dalam pembangunan menyebabkan rakyatnya inginkan perubahan. Saya nampak kesedaran secara  menyeluruh di kalangan rakyat Kelantan bahawa mereka mahukan kemajuan dalam negeri. Ini membuatkan sokongan kepada BN lebih diterima  hari ini.

“Kesedaran politik di kalangan rakyat Kelantan semakin meningkat berikutan ketiadaan peluang kerja dan niaga di negeri itu begitu dirasakan oleh penduduknya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi 2011 Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, Kelantan merupakan negeri yang paling kecil menerima pelaburan pada tahun lalu, iaitu hanya RM187 juta atau 0.3 peratus berbanding RM40 bilion di seluruh negara. – Bernama

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s