DS NAJIB PERGI HAJI…. MCM2 ISU PUAK PR..!!!!!

Nampaknya puak-puak PR kebelakangan ini semakin kritikal dan nazak dalam mencari isu untuk memburuk-burukkan kerajaan. Sehinggakan Perdana Menteri menunaikan haji di Mekah bersama isteri pun di fitnah dengan pelbagai isu, hanya berdasarkan gambar sahaja. Kedangkalan puak-puak PR semakin kronik dengan mempertikai dan menyindir pasal kawalan rapi oleh pihak keselamatan Arab Saudi semasa Dato Seri Najib & isterinya Datin Rosmah sedang mengerjakan Haji di Mekah.

Ketika sedang tawaf

 

 

 

 

 

 

Malahan, dileher DS Najib tergantung tali yg mengikat buku panduan haji pun difitnah kononnya memakai tangkal.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sindiran dari blogger puak PR terhadap isteri PM adalah seperti berikut :

SEKIAN lama menunggu, akhirnya sekali lagi dalam tahun ini rakyat Malaysia berjaya menyaksikan Rosmah Mansor menutup kepalanya.

Rosmah terpaksa meninggalkan tabiat biasa beliau yang gemar menayangkan“jambul ayamnya” ketika melakukan tawaf kerana terpaksa memakai telekung. Alhamdulillah.

Apa pun, gaya hidup mewah Rosmah dan Najib tetap tidak dapat dihakis meskipun mereka kini dipercayai sedang menunaikan ibadah haji. Lebih 10 orang pengawal VVIP turut serta untuk menjaga keselamatan Najib dan Rosmah semasa bertawaf.

Pengawal-pengawal VVIP “bodyguard” Najib dan Rosmah ini dilihat terdiri daripadapihak berkuasa Arab Saudi yang lengkap dengan uniform tentera dan polis serta dipercayai lengkap bersenjata.

Menurut satu sumber, Rosmah dan Najib akan melakukan ibadah Melontar Jumrah dengan menaikki keretamalah turut mendapat kawalan VVIP dan tidak mengikuti laluan rakyat biasa.

Sumber yang sama juga memaklumkan bahawa Rosmah dan Najib akan memujuk imam besar Masjidil Haram untuk menikahkan anak mereka sebagai usahamenaikkan imej Najib di depan mata rakyat terutama masyarakat Melayu pedalamankampung dan Felda.

Majlis pernikahan itu akan berlangsung sebaik sahaja Rosmah dan Najib pulang dari Mekah. Selepas itu barulah pembubaran parlimen dilakukan bagi memberi laluan pilihanraya umum ke 13.

ReJaM© “Di padang Mahsyar nanti tiada lagi perkhidmatan kawalan VVIP…”

*******

Datuk Seri Najib Tun Razak mengerjakan tawaf di Baitullah dengan memakai sesuatu yang berupa kalung seakan-akan tangkal dilehernya.

Tangkal selalunya dikaitkan dengan usaha untuk menghalau hantu iaitu sebagai ‘pendinding’ atau untuk mengelak/menyembuhkan penyakit atau untuk memberi kekuatan atau kelebihan kepada sipemakai, misalnya, kekebalan.
Mengapa Najib perlu memakai tangkal untuk mengerjakan haji sedangkan beliau sendiri telah dikerumuni dengan puluhan pengawal peribadi sama ada dari Malaysia atau yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.
Adakah Najib tidak yakin keselamatannya dilindungi oleh Allah sepanjang berada di Tanah Suci waima di depan Baitullah? Najib perlu menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian.

*******

BERIKUT PENJELASAN DARI PEJABAT PERDANA MENTERI BERKAITAN FITNAH ‘TANGKAL’ DILEHER PM :

Pejabat Perdana Menteri ketika dihubungi Mynewshub.my menjelaskan Najib tidak ada memakai kalung mahupun tangkal sepanjang mengerjakan ibadat haji.

Sebaliknya, tali yang tergantung di leher Perdana Menteri itu merupakan tali yang diikat pada buku panduan haji yang biasa dipakai oleh jemaah haji dari Malaysia dan seluruh dunia.
“Buku panduan haji yang siap ada dengan tali ini banyak dijual di Malaysia.
“Mereka yang pernah menunaikan haji atau umrah biasa menggantung buku ini di leher terutama ketika mengerjakan tawaf dan saei,” kata seorang pegawai di pejabat tersebut.
Justeru pegawai berkenaan berharap, orang ramai tidak terpengaruh dengan tuduhan liar bahawa tali yang tergantung di leher Najib adalah tangkal seperti yang didakwa oleh sebuah portal milik pembangkang.
Beliau juga meminta orang ramai mendoakan Najib dan rombongan yang sedang mengerjakan salah satu Rukun Islam di Mekah dan jangan mudah terpengaruh dengan sebarang dakyah atau fitnah yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..
BERIKUT PENJELASAN BERKAITAN BODYGUARD YG MENGIRINGI PM KETIKA MENUNAIKAN HAJI :
Bab kawalan keselamatan di Tanah Suci Mekah ialah di bawah tanggungjawab Arab Saudi. Sapa saja yg menunaikan haji  akan jadi tetamu Allah s.w.t di masa yg sama juga adalah tetamu Arab Saudi selaku tuan rumah.

Tugas jaga keselamatan dan kelancaran ibadat haji mahupun umrah adalah prioriti paling wahid bagi kerajaan Arab Saudi. Mereka tak sediakan kawalan keselamatan kepada Najib, Rosmah atau mana-mana VIP hanya untuk  saja suka-suka.

Selain ianya adalah satu prosedur & protokol dalam menghormati pemimpin-pemimpin negara lain ia juga salah satu cara bagi Arab Saudi mengekang keadaan tak terkawal andaikata wujud segelintir jemaah yg bersesak-sesak utk bersalaman dgn mana-mana VIP yg mengenali pemimpin negara tersebut.

Bayangkan kalau wujud segelintir  jemaah yg kenal seseorang VIP yg sedang tawaf  dan secara  tiba-tiba datang bersalam-salaman, tidakkah ia bakal menarik perhatian beberapa kelompok lain yg kemudiannya mengakibatkan suasana yg sesak menjadi kian sesak?

Najib & Rosmah di beri kawalan rapi bukannya satu special case yg terpencil, sebaliknya semua pemimpin negara-negara Islam atau VIP turut di berikan kawalan keselamatan.

Senang cerita la, tengok aja gambar dan video di bawah ni nanti yg mana Presiden Iran, Ahmadinejad, Presiden Palestin, Perdana Menteri Pakistan dan Presiden Iraq, arwah Saddan Husien yg turut diberi kawalan keselamatan yg sama ketika mengerjakan haji ataupun umrah.

Mudah sangat kita nak faham jarum yg dicucuk oleh puak-puak PR pada pembacanya yg rata-rata jenis makan bersuap tu, tapi kot manapun jadilah jantan & tonjolkan sikit sikap gentleman dgn bercerita perkara yg betul.

Janganlah asyik sangat tunjuk kepondanan sendiri bila cuba menonjolkan seolah Najib dan Rosmah dengan sengaja meminta di berikan kawalan keselamatan yg rapi. Walhal perkara tersebut  merupakan protokol yg Arab Saudi tetapkan sekian lama dan tidak terhad utk Najib & Rosmah saja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Presiden Iran dipagari pengawal keselamatan sewaktu mengerjakan haji di Mekah.

 

 

 

 

 

 

 

Presiden Palestin Mahmoud Abbas sewaktu di hadapan Hajar Al Asward turut dikawal anggota keselamatan (beret hijau & merah di belakang)

 

 

 

 

 

 

 

Perdana Menteri Pakistan turut dikawal oleh anggota keselamatan sewaktu mengerjakan umrah.

 

VIDEO AHMADINEJAD KETIKA MENUNAIKAN HAJI :

 

Akhir sekali sama-sama kita follow video footage arwah Saddam Hussien sewaktu mengerjakan haji beberapa tahun lalu sebelum arwah kembali ke rahmatullah selepas dihukum gantung oleh syiah Iraq. Al-Fatihah utk arwah.

 

**** Nak fitnah pun agak2 laaa….. Sapa tahu, ANJING dalam bahasa Croatia sebutan, ejaan atau bunyinya apa?… sebut dan eja dengan jelas!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s