NIZAR MEMPOLITIKKAN HARI RAYA QURBAN…

Disaat umat Islam diseluruh negara sedang meraikan Aidiladha, rupanya ada lagi pemimpin PAS di Perak yang berfikiran jumud dan hanya tahu mempolitikkan segala-galanya. Seakan-akan didalam kepalanya hanya ada politik 24jam tanpa mampu memikirkan tentang hal-hal baik yang lain.

Didalam satu ucapan Aidiladha didalam Twitternya, Nizar Jamaluddin tanpa segan silu menceritakan tentang keinginannya untuk menuju ke Putrajaya. Nizar juga tanpa berselindung meminta rakyat berkorban demi merealisasikan impian Pakatan untuk mengubah kerajaan yang sedia ada.

Apabila membaca kenyataan Nizar tersebut, kita tak mampu membayangkan dimanakah perginya ilmu agama yang ada pada Nizar selama ini. Mengapakah begitu tebal sekali nafsu serakahnya untuk menumbangkan kerajaan Islam sekarang dan menggantikannya dengan kerajaan sekular Pakatan?

Apakah Nizar sangat yakin bahawa DAP, PKR dan PAS mampu memerintah dengan lebih baik dari kerajaan Barisan Nasional? Kenapa begitu tebal sekali kebencian Nizar kepada parti pemerintah dan juga kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah didalam negara melalui proses pilihanraya ini?

Sebelum ini, Nizar bersama kepimpinan PAS lainnya sering berkata didalam setiap ceramah-ceramah mereka, hanya PAS dan Pakatan sahaja yang mampu menyelamatkan rakyat Malaysia. Ini bermakna, tanpa PAS dan Pakatan.., maka rakyat akan menderita dibawah pentadbiran Barisan Nasional.

 

 

 

 

 

 

Kita tak payahlah lihat jauh.., jika dibandingkan nasib rakyat negeri Perak ini semasa di perintah oleh Nizar dan konco-konco DAPnya dahulu, berbanding dengan keadaan dibawah pemerintahan DS Zambry sekarang.., yang manakah lebih baik?

Tentunya rakyat Perak kini lebih makmur dan tenteram dibawah kepimpinan Barisan Nasional khususnya bangsa melayu. Dibawah pemerintahan Nizar, bangsa melayu jelas tertekan dan juga dinafikan hak mereka kerana Nizar lebih mementingkan agenda DAP yang jelas mahu segalanya dibolot oleh satu kaum sahaja.

Jadi, apakah tujuan Nizar serta pemimpin Pakatan apabila mereka mengatakan bahawa hanya Pakatan sahaja yang mampu memakmurkan negara dan juga menyelamatkan rakyat? Tidakkah Nizar yakin dengan Qada serta Qadar Tuhan yang menentukan segala perancangan di muka bumi ini?

Inilah jadinya apabila seseorang yang mempunyai sedikit ilmu agama, tetapi berasakan diri mereka terlalu hebat sehinggakan menjadi jahil dengan ilmunya. Nizar sepatutnya menggunakan ilmu agamanya untuk memperbaiki PAS yang semakin tersesat diheret oleh DAP dan juga PKR didalam Pakatan rakyat, bukannya Nizar bersekongkol menyesatkan rakyat.

PAS telah wujud 60 tahun lebih didalam negara ini, tetapi butakah pemimpin-pemimpin PAS untuk melihat apa yang telah terjadi dengan Islam? Cerdik pandai agama didalam PAS sepatutnya membantu kerajaan untuk berdakwah serta membimbing umat Islam di Malaysia, bukannya berebut untuk merampas kerajaan sedia ada.

Nizar tak perlu taksub dengan impian Pakatan untuk menawan Putrajaya dan juga kononnya mahu menyelamatkan rakyat Malaysia. Nizar patut tahu bahawa Pakatan hanya berjuang untuk menjadikan Anwar sebagai PM dan juga memenuhkan agenda politik DAP semata-mata.

Dalam bahasa lainnya, Pakatan hanyalah merupakan gabungan idea sekular yang mahu mengasingkan agama dan pemerintahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s