RAKYAT PERAK WAJIB TOLAK DAP….

Penduduk di negeri ini (Perak) sudah tentu amat arif tentang belang sebenar parti yang bergelar DAP. Biarpun hanya sebelas bulan sahaja DAP berkuasa di Perak selepas PRU12, kezaliman serta penindasan yang mereka lakukan amat terserlah terhadap rakyat bawahan.
Pada mata kasar, pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak dahulu adalah dibawah Menteri Besar dari parti PAS iaitu Nizar Jamaluddin, tetapi ramai yang sudah sedia maklum yang Nizar hanyalah proksi kepada Nga dan Ngeh dari DAP. Sebab itulah selama 11 bulan Pakatan berkuasa, DAP lah yang menjadi pembuat keputusan.

Mujurlah segala strategi serta taktik puak-puak ini dikesan awal oleh rakyat. Dan Tuhan pun tidak merestui pentadbiran mereka apabila Pakatan dibenarkan berkuasa tak sampai pun setahun di negeri yang terkenal dengan bijih pada suatu ketika dahulu ini.

Apa yang hendak diharapkan pada PAS yang dikemudi oleh Nizar serta konco-konconya di Perak? Lihat saja bagaimana PAS secara terbuka menyokong perjuangan komunis serta menghina pasukan keselamatan negara. Bukankah komunis itu sendiri amat sinonim jika dikaitkan dengan DAP?

Demi untuk mencari sokongan DAP, PAS Perak sanggup mengagung-agungkan dasar komunis yang dibawa oleh Parti DAP. Mereka secara sewenang-wenangnya memperlekehkan jasa pihak Polis dan Tentera yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Setiap titik peluh dan juga darah para prajurit kita langsung tak bernilai dimata mereka kerana didakwa sebagai talibarut British.

Itulah PAS.., apa yang boleh diharapkan kepada parti yang sekarang menjadi kuda tunggangan kafir ini? Dengan kerjasama bersama PAS, DAP menjadi semakin berani mempertikaikan hak serta budaya melayu di Malaysia. Ingat tak lagi bagaimana DAP mempermainkan Quran serta menghina Raja-raja melayu? Ingat tak bagaimana wakil-wakil PAS menyokong kroni mereka tersebut?

DAP juga telah mempergunakan PAS untuk menarik sokongan rakyat supaya membenci kerajaan. Apa yang dilakukan oleh kerajaan didalam menjaga kebajikan rakyat, semuanya ditohmah dan dicemuh oleh PAS melalui ceramah-ceramah mereka. Tetapi adakah PAS peduli akan nasib orang melayu yang ditindas oleh DAP di P.Pinang dan negeri-negeri lain?

DAP mengatur solidariti anak muda yang dimomokkan dengan dakwaan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah korup dan zalim. Acara-acara tunjuk perasaan seperti BERSIH dan juga Festival Seksualiti Merdeka dilancarkan bagi menyemai ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem yang sedia ada.

Tapi benarkah kerajaan Barisan Nasional seteruk itu? Sejarah 50 tahun berkhidmat kepada rakyat telah membuktikan betapa efisyennya sistem pemerintahan Barisan Nasional di Malaysia. Hanya DAP serta beberapa parti pembangkang saja yang tak mahu mengakui keberkesanan pimpinan kerajaan khususnya di Perak ini.

Untuk mencari ketidakmampuan Pakatan khususnya DAP mentadbir amatlah mudah. Lihat sahaja dibeberapa negeri yang dikuasai mereka selepas PRU12 dahulu dan cuba amati apa yang dirungutkan oleh rakyat dinegeri-negeri tersebut. Ia jelas membuktikan bahawa Pakatan hanya tahu berjanji tetapi amat culas untuk menunaikannya.

Semua isu yang timbul sejak kebelakangan ini telah menyebabkan rakyat semakin memberi sokongan kepada pihak pemerintah. Rakyat juga secara jelas mula menolak perjuangan untuk menukar kerajaan yang dibawa oleh Pakatan pembangkang. Inilah signifikasi bahawa Pakatan akan hancur pada Pilihanraya umum yang akan datang.

Rakyat sebenarnya sudah muak dengan politik kotor Pakatan pembangkang itu semua. Tiada keraguan lagi bahawa rakyat akan menguburkan cara politik jijik Pakatan yang tidak mendatangkan hasil kepada rakyat tersebut. Rakyat mahukan negara yang aman serta tenteram, bukannya negara yang dipenuhi demonstrasi haram!

 

Sumber : http://peraktoday.com/wp/?p=35418

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s