DAP FITNAH MCA PERAK

IPOH 8 Nov. – Pemuda MCA Perak hari ini meminta polis menyiasat fitnah dan tohmahan seorang ahli DAP terhadap parti itu dalam satu ceramah yang diadakan di sini baru-baru ini.

Setiausaha Pemuda MCA Perak, Khoo Boon Chuan berkata, pihaknya membuat laporan bagi membolehkan polis mengambil tindakan ke atas ahli DAP terbabit kerana mengeluarkan perkataan yang berunsur fitnah ke atas MCA dan beberapa pemimpin tertingginya.

Beliau berkata, ceramah itu diadakan oleh ahli DAP terbabit di sebuah restoran di Jalan Kampar di sini pada 13 Oktober lalu.

“Kami telah melihat sebahagian daripada ceramah itu menerusi `YouTube’ dan cakera padat digital (DVD) pada 21 Oktober lalu. Ia jelas memburuk-burukkan pemimpin MCA termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, kira-kira pukul 10 pagi ini.

Boon Chuan yang juga Ketua Pemuda MCA Ipoh Timur berharap polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas ahli DAP terbabit. – Utusan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s