13 PROJEK ETP DIUMUMKAN LAGI

  Najib Tun Razak meninjau sekitar ruang pameran diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala selepas mengumumkan inisiatif baru Program Transformasi Ekonomi di Kuala Lumpur, semalam. – utusan/ Amin Farij Hasan

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Kerajaan hari ini mengumumkan 13 projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan nilai pelaburan RM5.85 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah projek itu, sembilan merupakan projek baharu manakala empat lagi yang pernah diumumkan sebelum ini.

Melalui kesemua projek itu kata beliau berkata, ia akan menjana RM8.68 bilion pendapatan negara kasar (GNI) dengan mewujudkan 16,092 peluang pekerjaan baharu.

“Melalui projek-projek baharu ini, ETP telah merekodkan sejumlah RM177.1 bilion nilai pelaburan, dengan RM237.23 bilion diunjurkan untuk GNI manakala 389,263 peluang pekerjaan baharu,” kata beliau alam ucapan sempena pengumuman perkembangan terkini ETP di sini hari ini.

ETP yang dilancarkan pada Oktober 2010, disasar untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan sehingga kini sebanyak 97 projek dalam fasa pelaksanaan melibatkan pelaburan bernilai RM10 bilion.

Daripada jumlah itu, ia membentuk 64 peratus daripada pelaburan berjumlah RM15 bilion yang disasarkan tahun ini.

Daripada sembilan projek baharu itu, Perdana Menteri turut mengumumkan tiga syarikat baru yang turut serta di dalam pelaburan ETP.

Tiga syarikat baharu tersebut ialah IBM Corp., sebanyak RM1 bilion bagi membangunkan pusat penyampaian global yang baharu di Cyberjaya, Toshiba melabur RM268 juta bagi ibu pejabat operasi serantau dan Akamai Technologies akan bekerjasama dengan Telekom Malaysia bagi projek Netstorage bernilai RM390,000.

Najib berkata, projek-projek baru ini melibatkan sektor penjagaan kesihatan, perindustrian kimia-oleo, kandungan dan infrastruktur komunikasi, pertanian serta pembangunan teknologi.

Manakala empat projek yang diumumkan sebelum ini, telah berada pada peringkat pelaksanaan melibatkan sektor minyak dan gas, kelapa sawit dan aero angkasa.

“Disebabkan sesetengah EPP mempunyai lebih dari satu projek, kami kini mempunyai 97 projek yang sedang dalam pelbagai tahap pelaksanaan,” katanya.

Perdana Menteri memberitahu, terdapat kemajuan positif selepas hanya 12 bulan dan dengan menumpukan kepada 12 bidang pertumbuhan utama, keyakinan sektor swasta Malaysia terhadap ekonomi tempatan juga meningkat.

“Pada separuh pertama tahun ini, pelaburan sektor swasta meningkat 23.4 peratus kepada RM51.2 bilion, mengatasi pelaburan awam bagi tempoh yang sama,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s