ANWAR TETAP TOLAK HUDUD…. APA FATWA PAS.???

  

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip percaya kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung soal hudud adalah satu kenyataan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian keseluruhan parti pembangkang.

Justeru beliau tidak nampak perkara berkenaan akan menyebabkan Pas terguris hati mahu pun bertindak di luar batasan khususnya menarik diri daripada gabungan parti pembangkang di bawah naungan Anwar.

“Saya percaya Pas akan terus kekal jadi “Pak Turut” dan akan sentiasa berada di bawah ketiak Anwar walaupun Ketua Pembangkang itu menyebut bahawa Hudud tidak ada di dalam dasar pakatan pembangkang mahu pun konsensus bersama.

“Tunggulah selepas ini atau pun mintalah Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali menyebut soal ini dan memberi kenyataan balas bahawa kenyataan Anwar itu adalan bersifat peribadi.

“Sudah banyak kali kedengaran pandangan yang bersifat peribadi dan tidak mustahil kenyataan Anwar ini juga akan dianggap kenyataan peribadi,” katanya.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada kira-kira 65 persatuan dan Dewan Perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang hudud itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan pembangkang.

Zahid seterusnya menambah, apa lagi yang Pas mahu kelirukan rakyat terutama umat Islam kerana bukankah Anwar telah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri jika mereka diberikan kuasa.

“Bukankah itu keluar daripada mulut orang yang beriya-iya mahu menjadi Perdana Menteri…Lagi pun bukankah Anwar adalah Ketua Pembangkang yang mana adalah ketua kepada Pas, DAP dan PKR,” katanya.

Beliau seterusnya melihat kenyataan Anwar itu bukan sahaja menghina Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, malah menghina parti berkenaan yang kononnya akan terus berjuang berhubung pelaksanaan hudud di negara ini.

“Bagi saya ini adalah satu penghinaan secara terbuka…mana Pas nak letak muka..mana Nik Aziz nak letak muka…mana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu meletakkan maruah beliau.

“Anwar dengan sewenangnya menidakkan perjuangan Pas…Kepada seluruh kepimpinan Pas termasuk ayam sabung mereka, inilah masanya untuk membuktikan mereka adalah pejuang yang sebenar dan bukannya sekadar berani melalak dengan UMNO dan BN,” ujarnya.

-MediaUMNO  

Sumber : Perak Today  

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s