RM 25 Ribu Hanya Untuk Selesai Masalah Haiwan Liar: Penternak Digesa Sedar Tanggunggjawab

 

 

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Mah Hang Soon menyeru penternak di Perak supaya lebih bertanggungjawab dalam menyelenggara haiwan-haiwan ternakan mereka dan bukanlah dengan mengambil jalan singkat dengan membiarkannya berkeliaran.

Menurut Hang Soon, kerajaan  negeri terpaksa membelanjakan lebih RM 25 ribu dalam kerja-kerja mengurus dan melupuskan haiwan liar yang semakin berleluasa kerana ia boleh mendatangkan masalah kepada rakyat.

Tambahnya, kerajaan Perak dibawah kepimpinan Barisan Nasional merupakan negeri pertama yang mengambil langkah proaktif dalam usaha untuk mengurangkan bilangan haiwan liar seperti anjing, kambing, lembu dan kerbau.

“Kita lihat semakin hari masalah haiwan liar yang berkeliaran di Perak semakin meningkat dan ia boleh mencemarkan imej negeri… walaupun pelbagai usaha telah kita lakukan namun masalah ini tidak akan selesai selagi pihak penternak tidak melunaskan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga haiwan-haiwan tersebut.

“Dalam menuju ke Tahun Melawat Perak 2011, kerajaan negeri terpaksa mengambil pendekatan yang cekap dan berhemah dalam memastikan masalah haiwan liar ini ditangani… namun usaha itu akan menjadi sia-sia sekiranya pihak penternak tidak mengambil berat dan membiarkan haiwan mereka berkeliaran sewenang-wenangnya.

Tambahnya pelbagai pendekatan telah dilakukan termasuk penggunaan suntikan pelali dan cip pengenalan selain penguatkuasaan yang lebih ketat dikenakan kepada penternak yang tidak menjaga haiwan perliharaan masing-masing.

Bagaimanapun katanya, penggunaan suntikan pelali dan cip pengenalan yang memakan kos tinggi itu menyebabkan ramai penternak enggan melaburkan wang dan sekaligus enggan untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu, kerajaan negeri telah menyediakan beberapa kawasan ragut rumput bagi mengelak dari berleluasanya masalah haiwan liar berkeliaran di Perak.

“Kita telah buka di beberapa tempat sebagai contoh di Kinta sahaja ada tiga tempat iaitu di Sungai Terap, seluas 290 ekar yang menempatkan Lembu Tenusu, di Kallie Castle yang seluas 50 ekar untuk menempatkan kerbau dan di Ulu Johan yang seluas 250 ekar untuk Lembu Daging.

“Sehubungan itu kita harap masalah ini dapat dibendung di masa akan datang dan sekiranya masalah sama masih berlaku maka tindakan undang-undang akan diambil dimana kerajaan negeri akan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada penternak.

“Kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menambah kadar denda yang dikenakan kepada penternak dimana RM 1,000 perlu dibayar berbanding RM 300 yang dikenakan sebelum ini.

Tambah beliau lagi, sekiranya pihak berkuasa berjaya mengesan tuan kepada haiwan liar yang berkeliaran maka penternak dikehendaki membayar caj RM 100 setiap hari bagi kesalahan pertama dan RM 200 untuk kesalahan kedua.

Jelas Hang Soon, kesemua haiwan akan dilupuskan dalam tempoh tiga hari sekiranya ia tidak dituntut oleh pemilik masing-masing.

Hang Soon ditemui selepas mengadakan mesyuarat bersama pihak Kerajaan Tempatan dan Jabatan Vaterinar negeri di Bangunan SUK hari ini.

Sumber : Perak Today

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s