OHHH…!! MARINA…..

Antara individu yang menjadi perhatian dalam isu program Seksualiti Merdeka ialah Marina Mahathir. Beliau tampil pada satu sidang akhbar baru-baru ini mempertahankan program itu.

Sejak dahulu lagi, Marina dilihat mempunyai kelainan kerana lebih bersikap liberal. Menurut Marina, beliau telah lebih 20 tahun memperjuangkan hak golongan LGBT, orang miskin dan mereka yang telah didiskriminasi.

Marina mempunyai hak untuk menyuarakan apa sahaja pandangan dan kepercayaannya. Tetapi beliau juga harus menerima hakikat bahawa pandangan beliau juga boleh disanggah.

Untuk rekod, ramai orang Islam tidak selesa dengan sikap terlalu liberal beliau yang dilihat merugikan agama dan bangsa. Majoriti yang menentang pemikiran beliau, punya asas dan hujah yang bernas. Suara majoriti juga adalah suara demokrasi. Janganlah melihat diri sendiri sahaja betul dan pihak lain salah.

Awang setuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin bahawa program Seksualiti Merdeka tiada kena mengena dengan hak asasi manusia.

Ia lebih kepada strategi mempromosi budaya songsang. Awang juga setuju dengan kenyataan Timbalan Menteri, Dr. Mashitah Ibrahim bahawa perbuatan memperjuangkan amalan songsang yang bertentangan dengan fitrah manusia sama seperti melakukan jenayah.

Maka menjadi harapan ramai agar Marina lebih sensitif dalam isu-isu kritikal yang membabitkan keagamaan dan asas kenegaraan.

Sebenarnya golongan LGBT di negara ini tidak ditindas walaupun ada beberapa kes terpencil. Realitinya ialah sebahagian daripada golongan itu mahukan pengiktirafan ala Barat seperti perkahwinan sejenis dan banyak lagi yang bertentangan dengan budaya murni. Selain itu, ia ada agenda tersurat dan tersirat yang ada hubung kait dengan anasir luar.

Apakah pendirian beliau jika suatu hari nanti ada perarakan pesta LGBT di negara ini dan apakah itu juga bermakna memperjuangkan hak LGBT? Malaysia bukan negara Barat. Membenarkan persekitaran yang memudahkan nilai-nilai Islam, budaya murni dan institusi kekeluargaan dihakis adalah ancaman terbesar. Jika Marina tidak setuju, itu hak beliau. Tetapi jangan memandang mudah suara majoriti yang mahu mempertahankan budaya murni. Awang juga ingin mengucapkan tahniah kepada polis kerana bertindak segera demi menjaga keharmonian negara, meskipun diperlekehkan oleh pihak tertentu. Ancaman kini muncul dalam banyak bentuk termasuk menerusi golongan yang menggunakan hak asasi sebagai topeng. Waspadalah.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – UTUSAN MALAYSIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s