APMM Perak Lancar Ops Mencari Dan Menyelamat Seorang Nelayan Di Pulau Pangkor

SEORANG nelayan dipercayai hilang selepas jatuh ke dalam laut ketika sedang memukat ikan di perairan perairan Pulau Pangkor, di sini petang semalam.

Berikutan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak sedang melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa di tempat kejadian.

Ketua Penguatkuasa APMM Daerah Maritim 3, Kept (M) Ang Cheng Hwa berkata, kejadian berlaku 2.20 petang kira-kira 10 batu nautika barat Tanjung Hantu, dekat sini.

“Mangsa dikenali Azmi Yusof, 52, berasal dari Kampung Tengah, Pulau Pangkor dilaporkan keluar menangkap ikan 5 pagi hari kejadian bersama dua orang rakan beliau.

“Ketika mangsa dan rakan sedang melabuhkan pukat dari atas bot yang mereka naiki, kaki Azmi telah tersangkut pada tali pukat sebelum mengheret beliau ke dalam air.

“Kedua-dua orang rakan mangsa cuba mengesan dan menyelamatkan Azmi namun gagal sebelum bertindak melaporkan kejadian kepada pihak APMM,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, sebaik sahaja menerima maklumat tentang kejadian tersebut, pihak APMM Perak telah melancarkan gerakan mencari dan menyelamat dengan menghantar sebuah kapal iaitu KM Marlin dan sebuah bot, iaitu Kilat 51.

Cheng Hwa berkata, sehingga jam 12 tengahari ini, mangsa masih belum ditemui dan Operasi Mencari dan Menyelamat akan diteruskan oleh pihak APMM dan dibantu sepasukan Bomba dan Penyelamat serta beberapa buah bot nelayan tempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s