BANTUAN PERSEKOLAHAN RM 100 ~ TERIMA KASIH KERAJAAN BN

Rakyat bersyukur dengan sistem pentadbiran negara dibawah kepimpinan Barisan Nasional yang mengambil kira kebajikan rakyat di peringkat bawahan.

Hari ini lebih 700 ibu bapa berkesempatan menerima dana bantuan persekolahan yang diperuntukkan bagi membantu mengurangkan bebanan kos tanggungan.

Di S.K Marian Convent, amaun RM 100 telah disalurkan kepada setiap ibu bapa yang hadir malah pemberian itu dilihat memberi sinar baru kepada mereka terutama yang berpendapatan rendah untuk memberi pendidikan terbaik kepada anak masing-masing.

Guru Besarnya, Rogayah Pilus memberitahu, pihak sekolah berbesar hati menerima dana tersebut selain turut merasai kegembiraan bersama keluarga pelajar.

Malah katanya, pendekatan itu adalah salah satu cara terbaik bagi ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan akademik terbaik kepada anak mereka.

“Hari ini kita adakan dua sesi pemberian wang bantuan tersebut dimana pada sesi pagi sahaja kira-kira 421 ibu bapa telah menerima dana terbabit dan selebihnya pada sesi petang.

“Pihak sekolah rasa bersyukur lah dengan bantuan ini kerana ia banyak memberi manfaat kepada ibu bapa dimana ia boleh digunakan untuk membeli buku atau pakaian sekolah pada sesi persekolahan tahun hadapan nanti,”katanya.

Tambahnya, apa yang diharapkan kini bantuan itu dapat diteruskan di masa akan datang dimana ia sekaligus dapat membantu pihak sekolah membangunkan kecemerlangan pendidikan dikalangan para pelajar.

Dalam pada itu, PerakToday berkesempatan menemuramah ibu bapa yang hadir pada Majlis Penerimaan Bantuan Persekolahan bagi sesi pagi di sekolah terbabit.

Salah seorang yang ditemui, Ng Yen Fun melahirkan kegembiraan itu dengan berterima kasih kepada kerajaan pusat yang memahami kepayahan rakyat diperingkat bawahan.

Selain itu katanya, bantuan itu sememangnya meringankan bebanan keluarganya untuk membeli kelengkapan pelajaran anak.

“Saya berasa sangat seronok kerana dengan bantuan ini saya dapat memberi kelengkapan sekolah yang terbaik untuk anak saya.

“Zaman sekarang kos harga barang semakin meningkat menyebabkan ibu bapa yang berpendapatan rendah tidak mampu menyediakan kelengkapan terbaik untuk anak-anak menimba ilmu,” jelasnya.

Justeru melalui dana bantuan yang diberi, menurut Yen Fun, anak-anak dapat menjalani proses pembelajaran dengan lebih gembira.

Setuju dengan pendapat Yen Fun, bagi Rizmaliza Osman pula bantuan itu adalah satu langkah terbaik yang dilaksankan oleh kerajaan.

Ini kerana katanya, kecemerlangan anak-anak biasanya dibangunkan pada sekolah rendah dimana pada ketika itu kelengkapan pelajaran yang terbaik perlu diberi.

Namun akibat daripada kos kehidupan yang tinggi, terdapat ibu bapa yang kurang berkemampuan gagal menyediakan kelengkapan berkenaan dan hanya bergantung kepada pendidikan di sekolah semata-mata.

Justeru melalui dana terbabit, ibu bapa dapat menyediakan lebib banyak buku latihan atau lebih tepat cara alternatif supaya anak-anak mereka lebih cemerlang dalam setiap mata pelajaran.

“Nilai itu memang cukup untuk bantu ibu bapa memberi pendidikan terbaik untuk anak masing-masing.

“Jadi kita berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional yang sudi membantu,” katanya.

Bagi K.Demawati, dia merasakan bantuan itu amat berbaloi dan banyak membantu ibu bapa meringan kan bebanan.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, bantuan itu semangnya banyak membantu keluarganya dalam meneruskan kehidupan seharian.

“Kita memang bersyukut dan berterima kasih kepada kerajaan yang memahami kesusahan rakyat di peringkat bawahan.

Sumber : Perak Today

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s