JUAL ‘ASET’…. MB PERAK BIDAS PEMBANGKANG

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membidas pembangkang membangkitkan isu kerajaan negeri ‘menjual’ aset kepada kerajaan Persekutuan sedangkan pada masa sama rakan mereka melakukan perkara serupa di negeri yang mereka tadbir.

Beliau berkata pembangkang di Perak terutama DAP hendaklah bertanya kepada rakan mereka di Pulau Pinang mengenai perkara itu.

“Apabila kita umumkan langkah pembangkang menuduh kita menjual aset negeri. Bila rakan mereka buat perkara yang sama mereka tidak berkata apa-apa tetapi bila Perak nak buat, Pulau Pinang pula kata mereka sudah tiada hutang,” kata Zambry kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri ditangguhkan di sini Isnin.

Beliau berkata pembangkang di Perak mula tergugat apabila beliau mengumumkan kerajaan negeri mengambil langkah yang sama seperti dilakukan Pulau Pinang.

“Bila kita sebutkan perkara itu, mereka rasakan kita sudah jual aset, tanyalah kepada rakan dalam DAP, kenapa buat yang sama di Pulau Pinang,” katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2012 negeri Perak, Zambry berkata jumlah hutang kerajaan negeri daripada kerajaan Persekutuan berjumlah RM970.59 juta akan berkurangan dengan ketara kepada hanya RM78.66 juta apabila perjanjian migrasi aset Lembaga Air Perak (LAP) dengan pengurusan Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dimeterai kelak yang dijangka berlaku dalam masa terdekat.

Ketika ditanya mengenai langkah itu, beliau berkata perbincangan masih diteruskan kerana kerajaan negeri mahu menguruskan yang terbaik untuk negeri Perak.

Zambry mengingatkan kesemua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak supaya mengemukakan cadangan dan masalah mengenai aset negeri melalui saluran betul seperti persidangan DUN, bukan menjadikan laman sosial sebagai platform melemparkan pelbagai tuduhan.

Katanya, jika ada pihak menggunakan saluran laman sosial termasuk mengemukakan rasa tidak puas hati, ia tidak membawa langkah penyelesaian.

“Pada persidangan DUN segala cadangan dan masalah boleh diselesaikan secara rasional…tidak seperti sesetengah pihak yang menggunakan laman ‘Twitter’ melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan negeri,” katanya.

– BERNAMA @ PERAK TODAY

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s