79 SEKOLAH AGAMA DI KELANTAN DAPAT RM35.6 JUTA DARI KERAJAAN PUSAT…!!!!

 

MUHYIDDIN Yassin menyampaikan cek bantuan kepada Mohd. Amar Nik Abdullah (kanan) di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/ROSNI MASRI

KOTA BHARU 23 Nov. – Sebanyak 79 sekolah agama di negeri ini menerima peruntukan sebanyak RM35.6 juta daripada kerajaan Pusat sebagai pengiktirafan kepada institusi itu dalam mendidik generasi muda.

Peruntukan untuk meningkatkan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis perjumpaan khas pengurusan sekolah itu bersama beliau di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan lebih 1,000 warga pendidik serta wakil persatuan ibu bapa dan guru dari seluruh negeri ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk berdialog bersama pendidik dan wakil persatuan ibu bapa dan guru sekolah-sekolah terbabit.

Sebanyak RM10.5 juta daripada peruntukan tersebut diberi secara tunai kepada sekolah-sekolah itu dengan 51 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) masing-masing menerima RM140,000, 22 Sekolah Agama Rakyat (SAR) masing-masing menerima RM100,000 dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) masing-masing menerima RM200,000.

Sebanyak RM25.1 juta telah dibelanjakan untuk enam projek menaik taraf infrastruktur dan pembinaan bangunan bagi sekolah SABK dan kesemua projek itu telah siap pada tahun lalu.

Enam projek tersebut melibatkan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Bachok sebanyak RM2.9 juta; SMUA Al-Kauthar, Kota Baharu (RM4.9 juta); SMUA Al-Falah, Pasir Mas (RM4.6 juta); SMUA Tengku Amalin Aishah Putri, Kota Baharu (RM1.3 juta); SMUA Darul Salam, Kuala Krai (RM4.9 juta) dan SMUA Saadatul Qura, Kuala Krai (RM6.2 juta).

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, bantuan itu membuktikan bahawa kerajaan Pusat tidak pernah memilih bulu dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.

“Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan Islam dalam pembangunan negara kerana Islam menuntut umatnya agar maju. Islam juga tidak mahu umatnya hidup dalam kemunduran.

“Saya tidak pandang dia Pas atau UMNO, yang saya pandang dia Islam. Saya tidak mahu perbezaan politik, lebih-lebih lagi pendidikan Islam wajib dan ia adalah fardu kifayah untuk ditunaikan kepada rakyat,” katanya.

Tambahnya, melalui penekanan agama ia dapat melahirkan insan yang mencintai negara dan menghalang sebarang anasir tidak sihat untuk memecah-belahkan perpaduan kaum dan umat Islam di negara ini.

“Pendidikan agama dan ilmu pengetahuan dunia seperti sains menjadi keperluan untuk membentuk modal insan yang seimbang serta membimbing golongan muda ke arah mencapai matlamat negara maju pada 2020,” katanya.

– Utusan Malaysia Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s