KEMURKAANNYA MEMBAWA KEHANCURAN…..

Fenomena alam yang melanda setiap Negara hari ini semakin membimbangkan. Dikatakan Bumi hari ini semakin tua dan kejadian yang tidak dijangkakan oleh akal manusia sering terjadi. Banjir kilat, gempa bumi, tanah runtuh, kemarau, letusan Gunung Berapi merupakan antara fenomena yang berlaku di beberapa Negara.

Walaubagaimanapun sebagai penduduk Bumi Malaysia kita amat bertuah kerana tidak terlibat dan tidak merasai  fenomena alam yang dahsyat seperti yang berlaku di beberapa Negara lain. Kita tidak merasai kejadian letusan Gunung Berapi, dimana letusannya kadang kala melibatkan ramai nyawa terkorban, dan terpaksa berpindah dari kediaman asal mereka.

Bumi Malaysia juga tidak merasai kejadian gempa bumi tahap merbahaya seperti di Jepun dan Negara-negara lain yang mencecah 5 skala ritcher ke atas, yang mengorbankan ratusan serta ribuan nyawa terkorban.

Tabik kepada Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato Seri Najib Tun Abd Razak yang turut menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Negara-negara yang sedang dilanda musibah serta bencana alam yang teruk.

Thailand contohnya, kini mereka sedang dilanda bencana banjir yang teruk, hampir 3 bulan Ibu Kota mereka ditenggelami air, nyawa yang terkorban juga semakin meningkat, tahap kesihatan juga semakin membimbangkan. Disinilah peranan sebagai jiran amat diperlukan. Malaysia menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Thailand. Samada bantuan makanan, bantuan perubatan serta peralatan asas untuk menjalani kehidupan seharian.

Ini bukanlah bantuan kemanusiaan pertama dihulurkan oleh Malaysia kepada Negara-negara yang dilanda musibah, tetapi banyak Negara yang dilanda bencana alam telah dibantu oleh Negara Malaysia. Lihatlah Jepun, dilanda gempa bumi yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat mereka. Lihatlah Negara yang terkenal dengan kebuluran Somalia, sehingga kita terkorban salah seorang rakan Media yang membuat liputan ke Negara tersebut. Kini Thailand pula, dilanda banjir besar.

Kita tidak pernah alpa dan buta terhadap musibah yang melanda Negara-negara luar, Malaysia senantiasa menghulurkan bantuan kemanusian.

Penghuni Bumi Malaysia harus bersyukur kerana tidak tergolong dalam mangsa-mangsa kejadian fenomena yang dahsyat. Tetapi masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak berperikemanusiaan dan tidak berhati perut cuba menganiyai insan lain yang amat memerlukan pertolongan serta bantuan-bantuan kemanusiaan lain.

Hari ini kedengaran sayup suara-suara yang tidak lunak kedengaran berlalu di tepian halwa telinga Amru tentang bantuan kemanusiaan yang dihulurkan oleh Malaysia. Bukan Negara-negara luar yang bersuara, tetapi pihak-pihak yang menentang kerajaan hari ini yang cuba menimbulkan kekecohan.

Mereka ibarat cacing kepanasan apabila mengetahui kepimpinan kita hari ini menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang amat memerlukan. Ada sahaja idealogi yang bersifat Konservatif cuba dilemparkan kepada kepimpinan hari ini. Mereka kepanasan apabila kedengaran Kerajaan hari ini melabur banyak untuk membantu saudara kita diluar sana.

Mata mulai gelap, hati mula gundah apabila not wang terlintas difikiran mereka, tetapi mengalihkan perasaan dan kepercayaan yang jujur dari hati manusia marhain lain agar membenci kerajaan kononnya kerajaan tidak jujur dalam mengendalikan urusan bantuan kemanusiaan ini.

Kerajaan dituduh songlap wang rakyat yang telah terkumpul untuk membantu manusia yang memerlukan.

Wajarkah kata-kata sedemikian rupa dihamburkan semata-mata mahu meraih sokongan rakyat Malaysia agar mengundi dan memangkah mereka pada Pilihanraya akan datang? Ini bukan lah Political mileageyang sihat, tetapi boleh disifatkan sebagai fitnah atau erti kata yang lebih elok, PENIPU.

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini??? Tiada sesiapa yang harus dipersalahkan, tetapi ada segelintir manusia yang harus diperbaiki fikiran dan hati mereka agar mereka menjadi insan dan makhluk tuhan yang berguna. Agar mereka menjadi manusia yang tidak menabur kata-kata fitnah terhadap khalifah yang bekerja dengan jujur dan ikhlas untuk kesenangan orang lain.

Amru tidak berniat untuk memburukkan sesiapa, tetapi mereka harus sedar sebelum mengata dan mengeji orang lain kerana pemimpin kanan mereka sedang bergelumang dengan dosa yang amat dahsyat. Masih di adili dan masih rancak aksi beliau ditayangkan di seluruh dunia. Berzina, sodomi, dan banyak lagi perkara-perkara sumbang telah beliau lakukan. Inikah yang dikatakan Khalifah yang mantap dan sempurna? Inikah khalifah yang diharapkan oleh kepimpinan pihak penentang kerajaan?

Jika benar lah mereka mengharapkan manusia seperti itu, maka, kejadian fenomena alam yang tidak pernah terjadi dan berlaku dalam Negara kita mungkin akan terjadi. Gempa Bumi yang meruntuhkan pencakar langit kita, nyawa terkorban. Tiba tiba hadirnya kemarau yang berpanjangan yang membawa kepada punca kematian dan kebuluran. Ini kerana kita salah memilih pemimpin, bukan lah pemimpin yang berada di jalan Allah, tetapi manusia yang telah memimpin umatnya kearah kemurkaannya.

Ingatlah wahai manusia yang jahil, Kemurkaannya , membawa kehancuran pada manusia.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s