NIZAR FITNAH UMNO KERANA BENCI…..

Sidang Dun Perak Ke-12: Bencinya Nizar Pada UMNO Sampai Sanggup Buat Fitnah

Sudah sedia maklum kebencian Pakatan Rakyat Perak terutama 3′N’ serangkai terhadap Barisan Nasional terutama parti UMNO.

Dalam hampir setiap ceramah pembangkang yang diadakan pasti ada sahaja fitnah yang dibuat dan salah satu daripadanya dengan menyatakan bahawa ‘UMNO langsung tidak membawa sebarang kemajuan atau pembangunan sepanjang 50 tahun memerintah’.

Persoalannya di manakah rasionalnya dakwaan tersebut. Rakyat dari zaman pemerintahan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman sudah maklum dengan pelbagai kemajuan yang dilaksana oleh UMNO di negara amnya dan di Perak khususnya.

Namun, pemimpin pembangkang ini sepertinya buta atau sengaja menidakkan segala pembangunan yang dibuat. Sebaliknya, mereka sanggup menyatakan bahawa UMNO langsung tidak membuat sebarang sumbangan dalam aspek pembangunan kepada negeri Perak khususnya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam sesi penggulungannya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat negeri khsusnya 3 ‘N’ serangkai begitu bencikan UMNO.

Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat itu, terutamanya Nizar yang sudah sedia maklum dari parti ‘PAS’ sanggup memaki hamun dan menggunakan perkataan yang paling teruk dan hina bagi menggambarkan kebencian itu.

“Saya hairan mengapa mereka sanggup menggunakan perkataan maki hamun  yang paling hina malah lebih teruk lagi dia (Nizar) boleh kata selama 50 tahun UMNO memerintah tidak apa yang kita lakukan.

“Saya nak tanya Nizar jika benar tidak ada pembangunan yang dilaksana… yang dia pergi belajar sampai luar negara… mendapat pendidikan yang baik dibawah perancangan membanteras kemiskinan… itu bukan pembangunan dalam aspek pendidikankah…dia tidak rasa bertanggungjawab dengan ucap terima kasih kepada kerajaan.

Tambah Zambry, dari pihak kerajaan negeri diakui kemungkinan berlakunya kelemahan-kelemahan dalam aspek-aspek tertentu tetapi untuk menyatakan tidak ada pembangunan langsung yang dibuat adalah satu penipuan yang sangat besar.

“Kita tidak pernah menyatakan kita sebagai satu anggota yang cukup perfect… kalau manusia kita lihat pun pasti ada cacat celanya… kita akui ada kekurangan.

“Apabila kita dengar Nizar rujuk kepada Trong seolah-olah tidak ada pembangunan langsung, itu tidak betul sama sekali.

“Memang ada kawasan-kawasan yang tidak membangun…tetapi bukanlah tidak ada pembangunan langsung sebaliknya ia telah dibangunkan terlebih awal pada waktu itu.

Dengan menjadikan beberapa Pekan Koboi sebagai contoh, Zambry menggambarkan pembangunan di beberapa kawasan di Perak telah dilaksanakan puluhan tahun dahulu sehingga membolehkan kewujudan pekan kecil.

“Sebab itu wujudnya pekan-pekan kecil seperti yang kita sebut sebagai Pekan Koboi dimana pembangunan telah dilaksana pada ketika itu.

“Semua itu telah dilakukan sejak awal lagi cumanya tidak ada pembangunan lagi yang dibuat selepas tempoh berkenaan… itu sahaja.

“Jadi untuk menyatakan tidak ada langsung itu adalah satu penipuan besar,” katanya.

Zambry akui, kemungkinan terdapat beberapa tempat di Perak tidak diberi pembangunan dalam tempoh 30 tahun selepas ia dimajukan ketika itu.

Katanya, apa yang berlaku sekarang adalah bangunan-bangunan terbabit yang sudah menjadi lama.

Jadi jika didakwa langsung tidak ada pembangunan atau membangun, itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s