Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 DiLuluskan

24 Nov. – Rang Undang-undang Perbekalan 2012 berjumlah RM232.8 bilion diluluskan kira-kira pukul 10.40 malam semalam tanpa banyak bantahan daripada pembangkang.

Bacaan kali ketiga rang undang-undang tersebut dibuat Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebaik sahaja selesai penggulungan bagi Kementerian Dalam Negeri.

Berbeza dengan dua tahun lalu yang menyaksi Rang Undang-undang Perbekalan 2010 hanya diluluskan dengan kelebihan tiga undi, pembangkang kali ini dilihat tidak berminat untuk menggunakan taktik sama.

Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap hadir semasa bacaan rang undang-undang itu dibuat.

Najib pada 7 Oktober lalu telah membentangkan Bajet 2012 berjumlah RM232.8 bilion dan daripada jumlah tersebut RM181.6 bilion bagi perbelanjaan mengurus manakala RM51.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s