AHLI PKR SINDIR PEMIMPIN PKR JGN MIMPIKAN PUTRAJAYA..!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

JOHOR BAHRU: Wakil rakyat dan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR)ditegur agar belajar menguruskan isu parti terlebih dahulu sebelum mengimpikan untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat diPutrajaya.

Perwakilan Kedah, Dr Azman Ismail berkata, sekiranya isu-isu kecil diperingkat bawahan gagal diuruskan dengan baik, beliau meragui kemampuan parti itu untuk menerajui sebuah negara.

“Perkara paling mudah ialah isu telefon dan sms (sistem khidmat pesanan ringkas). Kalau wakil rakyat tak tahu nak uruskan inbox sms yang selalu penuh…macam mana nak uruskan pentadbiran di Putrajaya?

“Kalau inbox asyik penuh, rakyat hantar sms pun tak sampai. Aduan rakyat selalu tak dapat, ini bukan contoh yang baik,” katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PKR ke-8 di sini, Sabtu.

Menurut Dr Azman yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Kedah, tegurannya itu mungkin dianggap terlalu remeh, namun ia memberi implikasi besar kepada kepercayaan rakyat dalam memilih calon parti itu sebagai wakil rakyat pada PRU akan datang.

“Memang isu ini kecil, tapi kalau sikap dan perangai begini ditonjolkan, rakyat akan bosan dengan pemimpin seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu Dr. Azman turut menasihatkan agar wakil rakyat PKR mengikuti kursus komunikasi bagi meningkatkan kebolehan berkomunikasi terutama untuk mendekati rakyat –¬†mStar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s