Demonstrasi di P.Pinang desak ADUN Komtar dipecat !!!

GEORGETOWN 30 Nov. — Seramai 300 orang daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menganjurkan satu demonstrasi bagi mendesak supaya Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Komtar, Ng Wei Aik daripada DAP, dipecat kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat.

Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Hotel Oriental bermula 12.30 tengah hari sebelum berhimpun di Komtar untuk menyerahkan memorandum itu kepada wakil kerajaan negeri.

Memorandum itu turut menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang supaya lebih fokus dalam menyelesaikan permasalahan rakyat dan bersikap rasional dalam setiap tindakan yang diambil.

Antara NGO yang terlibat adalah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dan Suara Anak-anak Malaysia.

Pengerusi Perkasa Daerah Timur Laut, Mohd. Rizuad Mohd Azudin kemudiannya menyerahkan memorandum itu kepada Pembantu Penerangan di Pejabat Ketua Menteri, Zuliana Aziz.

“Jika kerajaan DAP memerintah dengan adil kami tidak akan buat begini (demonstrasi). Sebagai Adun pula, Ng sepatutnya memelihara kepentingan rakyat bukannya menindas,” katanya.

Wei Aik, yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Lim Guan Eng, didakwa melemparkan kata-kata kesat terhadap dua mangsa kebakaran di Jalan Gurdwara di sini dalam kejadian 22 Nov. lepas selain pernah dikecam kerana bertindak kasar dalam satu operasi di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum sebelum ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt. Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, sembilan orang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut. — Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s