MUKHRIZ GELAR PEMBANGKANG SEBAGAI “KEMERE”

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menggelarkan kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang sebagai “kemere” kerana tidak mempunyai daya usaha untuk membantu rakyat keluar dari tekanan hidup kerana mereka hanya tahu mengkritik.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang seharusnya bersama Kerajaan Pusat menyelesaikan masalah rakyat.

“Mereka tidak bagi buah fikiran cara terbaik untuk diselesaikan pada masa rakyat terbeban dengan bermacam-macam masalah sebaliknya hanya tahu mengkritik program kerajaan BN walaupun ia hanya perkara remeh-temeh.

“Inilah bezanya pendekatan kerajaan BN dengan parti pembangkang dalam usaha meringankan beban rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ke-15, di Padang Sera, Jerlun, di sini, hari ini.

Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata, kewujudan KR1M tidak akan membunuh kedai-kedai runcit atau mewujudkan persaingan tidak sihat malah ia membantu pengusahanya mendapat bekalan lebih mudah, harga murah dan keuntungan berpatutan. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s