BN PERAK TIDAK GUNA SISTEM KUOTA

 

 

 

 

 

 

IPOH 7 Dis. – Barisan Nasional (BN) Perak tidak akan menggunakan sistem kuota sebagai asas dalam memilih calon-calon baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Beliau yang juga Pengerusi BN Perak berkata, langkah tersebut adalah sebahagian transformasi politik yang dilakukan oleh BN sejak dua tahun lalu.

“Kita tidak mahu menetapkan sebarang kuota untuk Wanita atau Pemuda kerana sistem kuota tidak akan berkesan.

“Namun, ini tidak bermakna kita akan meletakkan semua calon lelaki dan tidak ada wanita langsung. Wanita pun ada calon yang boleh menang kerana mereka mempunyai jumlah pengundi yang ramai,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Ditanya, berapa ramai calon baru yang akan ditampilkan oleh BN Perak pada PRU13, Zambry enggan menyatakannya secara jelas.

“Saya tidak mahu kata banyak atau ramai tetapi akan ada muka-muka baru,” katanya.

Dalam pada itu, beliau percaya ketua bahagian dan wakil rakyat BN yang tidak terpilih sebagai calon pada PRU13 tidak akan mensabotaj dan memulaukan parti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s