DAP TETAP SOKONG NIZAR…!!!

DAP Ulangi Pendirian 

DAP Negeri sekali lagi mengulangi pendirian mereka untuk terus menyokong Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menerajui kembali negeri ini.

Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, pendirian itu tidak pernah berubah dan hasrat itu telah diketahui rakan PR.

“Kita akan sokong Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan keputusan itu kekal biarpun ada pihak yang mendakwa sebaliknya,” katanya mengulas isu muka depan Sinar Harian semalam.

Mengenai calon Melayu, beliau menegaskan perkara itu masih belum dibincangkan lagi kerana masih tidak mempunyai calon sesuai.

Katanya, sebelum keputusan untuk meletakkan calon Melayu itu dibuat, persetujuan daripada Pas dan PKR perlu diambil kira.

“Kita menghormati rakan-rakan dari Pas dan PKR. Isu calon Melayu ini akan dibincangkan dan jika mereka tidak setuju, kita akur. Tengoklah macam mana,” tambahnya.

Koo Ham sebelum ini sudah pun menyatakan sokongan parti itu kepada Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar jika PR kembali memerintah Perak walaupun mereka memenangi kerusi majoriti.

Bagaimanapun semalam, sumber dalaman PR mendedahkan terdapat cubaan DAP untuk mengintai kerusi Menteri Besar di dua negeri iaitu di Selangor dan Perak.

– SINAR HARIAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s