PERAK : KADAR TARIF AIR DI BAWAH BIDANG KUASA NEGERI

Syarikat Pengurusan Air Berhad (PAAB) tidak akan campur tangan berhubung kadar tarif air di Perak, sebaliknya ia terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa dan keputusan kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata terma itu adalah antara isu penting yang dibincangkan antara kerajaan negeri dengan syarikat itu yang dijangka dapat diselesaikan awal tahun depan.

“Kita kini berada di peringkat akhir untuk menyelesaikan sedikit-sebanyak terma yang perlu dipersetujui antara kedua-dua belah pihak dan kerajaan negeri pada dasarnya telah bersetuju dan berpuas hati dengan terma perjanjian dan penjelasan yang diberikan oleh PAAB.

“Kerajaan negeri mahu memastikan agar perjanjian migrasi aset ini menjadi perjanjian yang terbaik dan syarikat berkenaan juga telah memberi taklimat terperinci berkaitan terma dan syarat yang mana telah kita persetujui.

“Mereka telah berjumpa dan menjelaskan kepada kerajaan negeri bahawa syarikat terbabit tidak akan campur tangan dalam urusan akaun sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, perjanjian migrasi itu kelak akan memberi keuntungan daripada kutipan hasil premium tanah dan cukai pintu tahunan kepada kerajaan negeri.

“Sebelum ini, kerajaan negeri tidak mendapat hasil daripada bayaran premium tanah dan cukai pintu walaupun kita memperuntukkan tanah kepada LAP,” katanya lagi.

Isu migrasi aset LAP mendapat perhatian meluas media tempatan dan pihak pembangkang terutamanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri ke 12 pada bulan lalu.

Melalui perjanjian migrasi itu, hutang kerajaan negeri daripada kerajaan Persekutuan berjumlah RM970.59 akan berkurangan dengan ketara kepada hanya RM78.66 juta apabila perjanjian migrasi aset LAP dengan pengurusan PAAB dimeterai kelak.

Selain Perak, perkara sama turut dibuat oleh lain-lain negeri termasuklah negeri yang ditadbir pembangkang seperti Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Perjanjian migrasi itu adalah pendekatan baru baru yang diwujudkan oleh sebuah perbadanan air yang menguruskan air negara.

Pada 22 November lalu, Zambry dalam program Selamat Pagi Perak bersama Dr Zambry di PerakFM berkata, kerajaan negeri  memberi penekanan yang lebih sebelum meterai perjanjian migrasi bagi memastikan satu urusan `deal’ yang baik dengan Kerajaan Persekutuan.

“Walaupun migrasi aset akan berlaku, sumber air dan keuntugan LAP tidak akan diusik oleh PAAB. Ini bukan kita jual LAP.

“Keuntungan Air Perak sebanyak RM100 juta tetap kita punya, cuma aset-aset pengurusan itu saja umpamanya nak buat empangan baru dimana memerlukan pinjaman bank yang lebih tinggi maka kerajaan Persekutuan menggunakan pendekatan mewujudkan PAAB bagi memberikan pinjaman itu ,’’ katanya.

– Perak Today

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s