BENARKAH…MAHFUZ SUKA JIKA HASSAN ALI KELUAR PAS..???

Mungkin Mahfuz berasa dirinya sangat hebat serta popular kerana dia menyandang jawatan Naib Presiden PAS. Sebab itulah dia dengan bangganya “menghalau” bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hasan Ali dari parti melayu kedua terbesar tersebut.

Mahfuz hari ini seolah-olah mencadangkan supaya Hasan Ali keluar dari PAS dan menyertai UMNO jika kurang senang apabila namanya digugurkan daripada menjadi calon. Mahfuz juga berkata, Hasan Ali boleh memilih mana-mana parti yang disukainya kerana ini negara demokrasi.

Mahfuz juga berkata PAS tak akan terasa kehilangan besar jika Hasan Ali keluar dari parti tersebut. Ini kerana katanya, PAS sudah melalui banyak kehilangan pemimpin sebelum ini namun parti itu masih mampu bergerak tanpa sebarang masalah.

Hasan Ali sebelum ini dilihat lebih cenderung untuk berkerjasama dengan UMNO apabila menyatakan kesediaan untuk menerima tawaran dari Perdana Menteri didalam memartabatkan agama, bangsa serta tanahair.

Kenyataan Hasan Ali itu menerima pelbagai reaksi negatif dari pemimpin-pemimpin PAS. Ramai dikalangan pengikut PAS pula menyifatkan Hasan Ali sebagai “pengkhianat” parti kerana sanggup berkerjasama dengan UMNO walaupun atas dasar Islam.

Ini merupakan satu fenomena pelik dikalangan umat Islam dan juga bangsa melayu di Malaysia. Sepatutnya, umat Islam semuanya bersatu seperti yang dituntut oleh agama, bukannya berpecah-belah kerana ideologi politik kepartian.

Tetapi bagi PAS, parti itu lebih utama dari ajaran agama. Hasan Ali yang mementingkan ukhwah islamiyah ditentang serta dilemparkan pelbagai tuduhan. Jika beginilah mentaliti pemimpin dan pengikut PAS, apa gunanya mereka bercakap mengenai Islam?

Mahfuz sebenarnya patut merenung kembali peranannya sebagai seorang pemimpin Islam dalam negara. Kalau pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam sepertinya tak mampu mempromosikan penyatuan ummah, bagaimana umat Islam hendak sejahtera?

Dari sudut ini sahaja sudah mampu kita lihat, bezanya sikap diantara Hasan Ali dan juga Mahfuz. Kita dapat menilai antara manusia yang berilmu dan praktikkan ilmunya.., dan juga manusia yang tak berilmu, tetapi berlagak seolah dia tahu semuanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s