PERAK KINI ADA MAJLIS PERUNDINGAN EKONOMI MELAYU PERAK

Perak Tubuh Majlis Perundingan Ekonomi Melayu Perak

Kerajaan negeri hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Perundingan Ekonomi Melayu Perak sebagai kuasa ketiga dalam memberi input berkaitan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata majlis itu akan menjadi sebahagian daripada komponen Majlis Perundingan Ekonomi Perak yang telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

“Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan memikirkan usaha untuk membantu dan menjayakan matlamat Majlis Perundingan Ekonomi Melayu Perak ini.

“Majlis ini akan bertindak sebagai kumpulan penasihat kepada kerajaan negeri berkaitan dasar yang baik untuk kepentingan rakyat Perak.

“Selain itu, ia turut  bertindak sebagai pemberi maklumat balas kepada kerajaan untuk mengenalpasti kumpulan sasar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Transformasi Ekonomi Melayu Perak di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, kerajaan negeri akan melihat dan mengkaji beberapa cadangan yang dikemukakan oleh majlis berkenaan dan pelaksanan resolusi bergantung kepada keperluan dan tempoh masa yang diperlukan kelak.

Sementara itu, konvensyen dua hari itu katanya, merupakan satu perkembangan yang baik di kalangan persatuan Bumiputera yang terbabit dalam pelbagai sektor ekonomi.

“Ini merupakan satu perkembangan baik kerana kita dapat melihat semangat jitu dan kesatuan di peringkat masyarakat Bumiputera yang terbabit dalam pelbagai sektor ekonomi, sekaligus menunjukkan mereka benar-benar bersatu dan boleh duduk semeja.

“Jika ini dapat diteruskan, pasti akan berlaku perubahan iklim dalam persatuan ekonomi yang membabitkan sektor perdagangan dan kontraktor juga,” tegasnya lagi.

Sementara itu, agensi kerajaan negeri termasuklah PNKP katanya, perlu menjalankan port mortem atau bedah siasat dari semasa ke semasa bagi menilai keberkesanan program dan usaha yang dilaksanakan untuk tempoh tertentu.

Ini tegasnya, amat perlu dalam suasana hari ini yang menuntut agensi di bawah kerajaan negeri agar melonjakkan program dan aktiviti yang dijalankan untuk membantu golongan Bumiputera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s