SYABAS…!!! KADAR JENAYAH DI PERAK TURUN…!!!

Kadar Kes Jenayah Di Perak Rekod Penurunan: Ketua Polis

Kadar jenayah di Perak telah mencatat penurunan apabila merekodkan 3,707 kes bagi tempoh Januari hingga 30 November lalu berbanding 4,900 kes bagi tempoh sama tahun 2010.

Ketua Polis negeri, Datuk Shukri Dahalan, berkata pasukan itu juga telah berjaya menurunkan kadar jenayah indeks sebanyak 1,179 kes atau 12 peratus dan ia dijangka meningkat lagi menjelang akhir tahun ini.

“Kontinjen Perak juga telah dapat menyelesaikan sebanyak 3,712 kes daripada jumlah keseluruhan 9,065 kes atau 41 peratus.

“Walaupun terdapat penurunan indeks jenayah, namun kita masih belum boleh berpuas hati dengan pencapaian tersebut, memandangkan kes jenayah indeks jalanan seperti samun berkawan tanpa senjata api, samun tanpa senjata api dan juga kes ragut masih ketara berlaku,” katanya berucap sempena Perhimpunan Bulanan IPK Perak di Ipoh, Rabu.

Beliau berkata, statistik bagi tempoh sehingga 30 November lalu mencatatkan sebanyak 1,325 kes dilaporkan berbanding 1,878 kes bagi tempoh yang sama dalam tahun 2010.

Katanya, terdapat penurunan kadar jenayah jalanan sebanyak 29.48 peratus tetapi pencapaian tersebut masih belum menepati sasaran yang ditetapkan di bawah NKRA iaitu penurunan sebanyak 40 peratus yang menggunakan perbandingan “base-line” tahun 2009 dan 2011.

“Namun begitu, kita seharusnya berbangga atas kejayaan lima buah balai dibawah pentadbiran Polis Kontinjen Perak telah memperoleh pengiktirafan di peringkat Pusat setelah di pilih dalam kalangan 29 balai polis di seluruh negara, yang berjaya menurunkan indeks jenayah, bagi program Big League Table di bawah NKR,” tegasnya lagi.

Menurut Shukri lagi, kontinjen Perak perlu memantapkan usaha dalam mengamalkan kaedah pencegahan jenayah serta mengatur operasi cegah jenayah secara lebih agresif dan sistematik.

Melalui pendekatan itu, ia katanya mampu mengekang jenayah dengan lebih berkesan dan secara berterusan.

Dalam perkembangan berkaitan, usaha membangunkan sebuah kompleks IPK Perak tambah Shukri, diharap dapat direalisasikan segera bagi menggantikan bangunan dan usang di tapak yang sama.

Tegasnya, tidak dapat dinafikan bahawa sebuah kompleks baru sangat diperlukan supaya PDRM Perak dapat terus membangun seiring dengan kepesatan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Perak.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s