TINDAKAN DIPERLUKAN….!!!!!

Penduduk Kampung Teluk Dan Kampung Telaga Nenas, Rayu Kerajaan Percepatkan Kerja-Kerja Menaik Taraf Jalan Kampung

KIRA-KIRA 500 orang penduduk Kampung Teluk dan Kampung Telaga Nenas, dekat Lumut  merayu kepada pihak kerajaan supaya mempercepatkan kerja-kerja melebar dan menaik taraf jalan masuk ke situ.

Ketua Kampung Teluk, Mat Puzi Abd Rani berkata, keadaan jalan sedia ada menyukarkan penduduk berselisih jalan ketika berkereta di situ.

“Kebanyakan penduduk dan orang luar menggunakan laluan tersebut untuk menjalankan urusan harian.

“Kami berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan pelebaran jalan supaya mudah bagi kenderaan melalui laluan tersebut.

“Kini penduduk berdepan kesukaran kerana terpaksa berselisih kereta dengan pengguna lain pada satu-satu masa,” katanya selepas Program Pemimpin Bersama Rakyat hari ini.

Hadir sama Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha; Penyelia Kanan Jasa Parlimen Lumut, Sazali Amin dan Ketua Wanita Umno Cawangan Kampung Teluk, Norainy Ihsan.

 

 

 

 

 

 

 

Dalam perkembangan lain, Mat Puzi juga merayu kepada Kerajaan Negeri supaya dapat meluluskan pembinaan rumah mesra rakyat di dua buah kampung tersebut.

“Ada beberapa penduduk di situ yang memerlukan rumah mesra rakyat disebabkan tidak mampu memiliki rumah sendiri akibat masalah kewangan.

“Sehubungan itu, kami berharap Kerajaan Negeri termasuk Yayasan Bina Upaya (YBU) boleh meluluskan rumah mesra rakyat kepada penduduk yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Kong Cho Ha berkata, pembinaan sebuah jambatan menghubungkan perkampungan tersebut dengan Kampung Baharu di sini bakal member manfaat besar kepada penduduk setempat.

“Saya difahamkan rancangan dan kajian laluan jambatan tersebut telah dibuat dan diharap ianya dapat dilaksanakan dengan segera demi kepentingan penduduk di situ.

“Jambatan tersebut selain menjimatkan masa penduduk pergi ke Bandar untuk berurusan, ianya juga mampu merancakan semula pembangunan di situ yang kini mula sunyi berikutan berlakunya penghijrahan keluar penduduk,” katanya. – Perak Today.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s