YANG LAYAK SAHAJA DIBENAR KENDALI TASKA DI PERAK….

Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang menjadi pra-syarat untuk pembukaan taska akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, bermula tahun depan.

Pengerusi Jawatankusasa Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata sebagai permulaan sebanyak 200 pengusaha dan pengasuh taska di negeri ini akan menerima pembiayaan itu.

“Berbanding tahun ini, pengusaha perlu membayar RM300 bagi kursus berkenaan selepas diberi subsidi oleh kerajaan sebanyak RM180 seorang.

“Kursus berkenaan yang dikelolakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah satu pra-syarat untuk pembukaan taska berkenaan selaras dengan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 1985,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasihatkan setiap pengusaha taska memastikan perusahaan mereka didaftarkan bagi mengelak tindakan undang-undang diambil.

“Di daerah Kinta saja, terdapat 41 taska dikesan belum berdaftar, sementara 52 lagi sudah berdaftar sepanjang tahun ini,” katanya – Perak Today

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s