PEMBANGKANG PUTAR BELIT FAKTA BANK DUNIA ???

Fakta Bank Dunia diputar belit pembangkang

bankdunia

ANTARA satu nilai penting dalam hidup yang harus dipegang ialah hormat. Tanpa nilai itu segala-galanya porak peranda. Sebagai contoh hormat kepada peraturan atau undang-undang. Sekiranya ia sewenang-wenangnya dilanggar sudah tentu huru-hara jadinya negara ini. Begitu juga dengan fakta. Ia harus juga dihormati.

Jika tanpa segan silu ia mudah diputarbelitkan atau disalah tafsir, keliru pula jadinya untuk menentukan mana yang benar dan tidak. Contoh terbaru dapat dilihat dalam episod tuduhan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Anwar mendakwa Malaysia menerima dana Bank Dunia pada 1999, dikatakannya bertujuan menangani krisis kewangan 1997.

Beliau turut mendakwa Dr Mahathir menulis surat kepada Bank Dunia bagi memohon pinjaman berkenaan. Selepas penafian dibuat Dr Mahathir, pembangkang mendedahkan pula dokumen Bank Dunia yang diperoleh daripada internet, kononnya membuktikan Malaysia memang ada memohon pinjaman Bank Dunia terbabit, sekali gus mahu membayangkan Dr Mahathir tidak bersikap jujur mengenai isu itu.

Apa yang gagal dijelaskan pihak pembangkang, permohonan pinjaman Bank Dunia dimaksudkan dibuat pada 1997, iaitu ketika Anwar masih lagi memegang jawatan Menteri Kewangan.

Pihak pembangkang ini juga gagal menjelaskan pinjaman berkenaan ialah untuk tujuan pembinaan projek bukan bagi menangani krisis kewangan seperti didakwa. Penerimaan pinjaman Bank Dunia bagi tujuan pembinaan projek bukanlah satu perkara baru bagi Malaysia. Malah negara ini sudah menerima pinjaman projek daripada Bank Dunia sejak 1958.

Apa yang mahu digambarkan pembangkang ialah pinjaman dimaksudkannya itu bukanlah untuk projek, tetapi semata-mata untuk menangani krisis kewangan serantau yang turut melanda negara. Seperti dijelaskan Dr Mahathir, memang benar Bank Dunia mahu Malaysia memohon pinjaman daripadanya bagi tujuan menangani krisis itu.

Jika diambil pinjaman itu, ia akan mengikat negara untuk mematuhi nasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berhubung pengurusan ekonominya. Dalam pada Malaysia tidak menerima pinjaman terbabit, Anwar sebagai Menteri Kewangan pula melaksanakan dasar IMF seperti menaikkan kadar faedah yang membebankan sebahagian besar dalam kalangan kita yang mempunyai pinjaman perumahan ketika itu.

Fakta sebenar ialah Malaysia memang menerima pinjaman Bank Dunia, tetapi untuk tujuan pembinaan projek dan bukan bagi tujuan menangani krisis kewangan seperti didakwa pembangkang.

Apa dilakukan Dr Mahathir untuk menangani krisis kewangan itu ialah dengan mengenakan kawalan mata wang yang kini terbukti berjaya menyelamatkan negara. Melalui episod terbaru ini, sekali lagi pembangkang gagal mempamerkan nilai yang baik, iaitu menghormati fakta, mahupun seorang tokoh yang sudah banyak berjasa kepada negara.-22/12/2011 -BERITA HARIAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s