CADANGAN PINDA AUKU DISERAH FEBRUARI 2012…

KUALA LUMPUR –  Cadangan pindaan keatas Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej-kolej Universiti 1971 (AUKU) dijangka diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) awal Februari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, cadangan itu kelak berdasarkan kajian dan mengambil kira maklum balas oleh orang ramai.

“Oleh itu Jawatankuasa Pindaan AUKU amat mengalu-alukan maklum balas daripada orang ramai mengenai pindaan seksyen 15 khususnya dalam persoalan Sama ada wajar mahasiswa dibenarkan bergiat dalam politik kepartian termasuk membenarkan mereka bergiat aktif dalam kampus.

“Ini termasuklah menganjurkan ceramah politik, mengrekrut pelajar sebagai ahli parti politik, mengedar risalah, poster dan bahan- bahan bacaan parti politik dan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan parti politik,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nik Ahmad Kamal berkata, salah satu terma rujukan jawatankuasa adalah mendapatkan maklum balas daripada pemegang-pemegang taruh (stakeholders) terutamanya para penghuni kampus kolej dan universiti dalam kalangan pelajar, tenaga akademik dan bukan akademik.

Selain maklumbalas daripada kumpulan utama tersebut, katanya, pandangan daripada rakyat secara keseluruhannya juga akan diambil kira kerana kebebasan mahasiswa berpolitik mempunyai kesan yang besar kepada semua pihak.

Menurutnya, proses peringkat pertama maklumbalas adalah melalui arahan bertulis daripada KPT kepada semua IPTA dan IPTS untuk mendapatkan pandangan daripada kalangan warga kampus mengenai pindaan yang harus dibuat.

Peringkat kedua, katanya, adalah melalui borang soal selidik yang boleh dicapai di laman web KPT iaitu http://www.mohe.gov.my atau melalui laman sosial khas iaitu http://www.facebook.com/aukuwg.

Manakala, katanya, bagi peringkat ketiga ialah pendengaran awam yang akan dianjurkan di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

“Pada masa yang sama semua ahli Jawatankuasa Pindaan boleh menerima maklumbalas melalui emel rasmi Jawatankuasa Pindaan AUKU iaitu aukuwg@mohe.gov.my,” katanya lagi.

( mynewshub)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s