HAJAT MB PERAK, KONSERT MAHER ZAIN CECAH 60K PENONTON TERMAKBUL!!!

Stadium Perak, Ipoh, malam Ahad lalu mencatatkan rekod apabila kira-kira 60,000 peminat Maher Zain membanjiri Konsert Untukmu Rakyat anjuran Kerajaan Negeri Perak.

Inilah konsert terbesar Maher Zain, penyanyi berketurunan Lubnan berbanding konsert-konsert yang pernah dibuat di negara ini ataupun di mana-mana negara sebelum ini.

Konsertnya di Toronto, Kanada sekadar berjaya menarik 20,000 orang peminat dan dianggap konsert paling berjaya sebelum konsert malam tadi di Ipoh.

Konsert Maher Zain Live in Concert 2011 di Stadium Melawati (Selangor) pada 25 dan 26 Feb lalu sekadar mengumpul 7,000 orang penonton.

Dan untuk rekod, Fan Club Maher Zain (Facebook) di Malaysia setakat ini berjumlah 242,228 orang.

Janji Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir untuk mengisi stadium berkenaan dengan seramai peminat dan penonton menepati sasarab asal.

Malahan bagi mereka yang tidak ada tiket yang diberi secara percuma sejak seminggu lalu juga diberi kesempatan memasuki ke stadium untuk memeriahkan lagi konsert berkenaan.

Konsert bermula jam 8.00 malam dengan hos popular tv, Datuk AC Mizal selaku pengacara berjaya mencuit hati puluhan ribu penonton sehingga mereka tertawa terbahak-bahak serta sekaligus  menyediakan mereka untuk persembahan Maher Zain sejam kemudian.

Dr.Zambry dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli tiba jam 8.15 malam kerana keadaan trafik di bandaraya Ipoh malam Ahad agak sesak dengan orang ramai yang mengambil kesempatan “keluar makan malam dan bersiar-siar” kerana cuti Krismas.

Sebelum munculnya Maher Zain dengan pakaian yang menjadi “trademark”nya—bertopi dan sneakers berwarna putih serta memakai jaket dan baju pula dilepaskan, penyanyi yang mengiringi Maher ke Ipoh, Irfan Makki muncul dengan beberapa lagu.

Penonton  terhibur dengan lagu-lagu Irfan seperti Mamma, Allahu, Waiting For the Call, You’re Not Alone (lagu Michael Jackson) dan Mabrook. Irfan juga berduet dengan Maher mendendangkan lagu I Believe.

Penonton sebelum itu sempat mendengar persembahan papa rock—Ramli Sarip dengan lima buah lagu hitsnya termasuklah lagu  Doa Buat Kekasih dan lain-lain. Sentuhan suara serak-serak basah Ramli masih memukau peminat.

Irfan Makki yang mengiringi Maher Zain  berasal dari Pakistan tapi kini menetap di Kanada adalah artis nasyid dan komposer lagu.

Walaupun penonton datang dari seluruh Perak serta juga dari luar negeri ini tumpuan penonton juga pada personaliti yang sentimental  membawa Maher ke Ipoh iaitu Menteri Besar Perak.

Beliau berpakaian santai—t-shirt hitam tertera gambar dan nama Maher Zain di depan.

Ferrari Merah milik Maher Zain :

Baca seterusnya…. http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/hajat-dr-zambry-tercapai-60-ribu-banjiri-stadium-perak-saksikan-konsert-maher-zain.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s