HARAKAH DAN KEBEBASAN MEDIA…

Pekong Harakah…dan kebebasan media

hasan-harakahKisah Datuk Dr Hasan Ali balonsakan organ partinya sendiri, Harakah telah membuka satu lagi pekong yang selama ini terpendam.Ini satu cerita sudah lama menjadi bahan sok sek di kalangan  pimpinan dan ahli parti itu…cuma tidak siapa setakat ini yang berani letupkan bab itu secara terbuka.

Ikut cakap ‘orang dalam’ sebenarnya politiking dalam PAS ‘ sama naik’ dengan mana-mana parti politik – baik UMNO dan komponen BN mahupun di sebelah pembangkang.

Cuma mereka yang tahu cerita dalaman dan megikuti secara rapat parti ini sahaja dapat mencium silat dan kuntau mereka.

Dalam sidang akhbarnya Jumaat lalu ,Dr Hasan telah membongkar bagaimana  satu interbiu Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berhubung isu gereja DUMC yang beliau perjuangkan kena pengap yakni tidak disiar.

Kalau spiritual leader PAS nombor dua selepas Datuk Nik Aziz Nik Mat  ‘kena main’ begitu apa lagilah ikan bilis seperti Dr Hasan sendiri.

Ini bukan orang lain cakap tetapi menurut Exco Kerajaan Negeri Selangor itu , aduan yang diterima beliau daripada pemimpin-pemimpin PAS dan orang ramai yang melanggan akhbar itu mengatakan Harakah kini seperti memperjuangkan golongan pemimpin dan parti-parti tertentu.

“Mereka kata persembahan akhbar itu kini mirip kepada satu golongan dan tidak mirip kepada golongan yang lain.

“Saya juga lihat ruang laporan banyak diberi keutamaan kepada parti-parti komponen dan bukannya kepada PAS sendiri,” katanya.

Siapakah yang dimaksudkannya? Mereka yang selalu mengikuti Harakah yang cukup galak menggambarkan tidak ada satu pun yang berguna dalam negara ini – pasti dapat mencium mereka yang diberi keutamaan.

Antaranya tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim.Sebabnya kita kena tanya siapa yang menguasai PAS sekarang kalau bukan golongan Erdogan.

Al kisahnya Presiden PAS Datuk Seri Haji Awang,Timbalan Presiden Mat Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali yang menjadi ketua pentadbir PAS dikatakan mempunyai hubungan yang hanya ‘ gitu-gitu’ sahaja dengan Anwar.

Namun dek kerana politik dan ‘nak hidup’ mereka dikatakan terpaksa ikut arus yang kuat mencengkam PAS kebelakangan ini.

Itu satu bab. Satu lagi bab ada yang bertanya melihat pada pendedahan Dr Hasan tentang Harakah apakah ada jaminan PAS dan pembangkang amnya akan mengotakan kata-kata mereka tentang ‘kebebasan media’ yang mereka dok jual di ceramah-ceramah jika dapat tawan Putrajaya.

Lojik akal kata kalau orang yang cukup hebat bercakap tak lekang dengan ayat Al-Quran dan Hadis boleh perlakukan sebegitu kepada pemimpin partinya sendiri – jawabnya sendiri mau ingat.

Kebelakangan ini mereka selalu marah RTM dan media arus perdana langsung tidak bersikap adil dalam laporan mengenai pembangkang.

Soalnya mereka yang selalu mengikuti Harakah, Roket atau Keadilan Daily pernah jumpa tidak sebutir ayat pun yang mereka pernah lapor baik tentang kerajaan.

Tak payah lapor baiklah tetapi sekurang-kurangnya secebis analisa yang adil pun tidak ada.

Kalau mereka menuduh media yang pro kerajaan macam-macam, soalanya apa bezanya mereka.

Melihat pada sikap ‘cakap tidak serupa bikin’ dan stail mereka sekarang ini senang cakap jawabnya mengigaulah sesiapa yang dibuai mimpi akhbar atau media akan memberi laporan yang menepati ‘kebebasan media’ jika pembangkang berkuasa.

Kalau media pembangkang bebas dan praktik kebebasan media dalam ertikata sebenar, pernah tidak mereka ambil sebarang langkah , misalnya nak membedah, menyiasat dan selongkar habis-habisan untuk mendapatkan kebenaran misalnya skandal video seks Anwar?

Belum apa-apa,tanpa toleh kiri kanan…itu sudah dicop fitnah TITIK. (agendadaily)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s