PPK MANJUNG SELATAN, TERBAIK DI PERAK !!!

Contohi Kejayaan PPK Manjung Selatan : Datuk Seri Kong Cho Ha

KEJAYAAN Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Manjung Selatan menjana keuntungan serta mempelbagaikan aset mereka harus diteruskan dan dicontohi PPK lain di negeri ini.

Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kejayaan tersebut bukan lah satu perkara yang mudah dan perlukan pengorbanan di kalangan ahli serta pihak pengurusan.

“Gandingan kerjasama yang mantap antara ahli dan pihak pengurusan mana-mana pertubuhan amat diperlukan bagi memastikan ianya mencapai kejayaan.

“Dalam konteks ini, PPK Manjung Selatan telah menunjukkan contoh yang terbaik dan berjaya meningkatkan aset serta dana  mereka.

“Kejayaan yang memberansangkan ini secara tidak langsung memberi pulangan yang lumayan kepada semua ahli menerusi agihan saham setiap tahun,” katanya di Majlis Sambutan Hari Keluarga PPK Manjung Selatan di Teluk Senangin, Segari.

Menurutnya, bagi meneruskan kerjasama erat sesama ahli, PPK Manjung Selatan disarankan supaya mengadakan kursus dan bengkel supaya lebih banyak lagi ilmu bagi meningkatkan kebolehan dalam kepelbagaian aktiviti pertanian.

Kong berkata, ilmu adalah penting dalam semua jenis aktiviti pertanian bagi mengetahui cara dan teknologi terkini bagi tingkatkan pengeluaran serta menambah lagi pendapatan nelayan, petani dan penternak.

Pada majlis tersebut, Kong turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM3,000 kepada tabung PPK Manjung Selatan bagi menjalankan aktiviti serta program pertubuhan tersebut (Perak Today)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s