AKHIRNYA MEREKA DITEMUI….

GERIK 31 Dis. – Tiga kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Sungai Perak berhampiran Kampung Bukit Merikan, Kuala Kenderong, di sini dua hari lalu ditemui mati lemas awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, DSP Wan Jamil Wan Chik berkata, mayat Mohd Saiful Haikal Dahari, 7, dan sepupunya Muhammad Amir Fadlilah Ruzai, 11, ditemui terapung kira-kira 10km dari tempat kejadian pukul 3 pagi tadi oleh orang awam.

Sementara mayat Muhammad Adham Hamiz Ruzai, 8, ditemui kira kira 500 meter jarak dari tempat sama pukul 9 pagi oleh pasukan penyelamat, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jamil berkata, kesemua mayat dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan dituntut keluarga mereka petang ini untuk dikebumikan.

Tiga kanak-kanak berkenaan, dua daripadanya adik-beradik dilaporkan menaiki sebuah bot di tepi Sungai Perak kira kira 50 meter dari rumah mereka pada pukul 10 pagi Khamis.

Salah seorang daripada keluarga mangsa membuat laporan polis selepas menyedari ketiga-tiga mereka tidak pulang ke rumah sehingga pukul 2.30 petang hari yang sama. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s