NAIB JUARA MLM 2011 SERTAI UMNO….

Afdlin yang baru memenangi tempat kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) bersama Harun berkata, keputusan untuk mereka menyertai UMNO adalah disebabkan untuk memberi kesedaran kepada golongan muda tentang sebuah kerajaan yang diketuai oleh parti itu yang telah banyak berjasa kepada perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Saya sebenarnya sudah menyokong UMNO sejak umur saya sudah boleh mengundi, namun sekarang saya rasa saya tak perlu sembunyikan lagi sokongan saya.

“Saya menyertai UMNO untuk menunjukkan sokongan saya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, yang bersungguh-sungguh di dalam program transformasinya membetulkan apa yang perlu diperbetulkan.

“Kami penyokong tegar UMNO,” kata Afdlin Shauki, menjelaskan tujuan sebenar mereka menyertai UMNO pada sidang akhbar khas tersebut.

PENGHIBUR popular dengan nama penuh, Afdlin Shauki Aksan, mengakui beliau mengagumi gaya kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sehingga membuat keputusan untuk secara rasmi menyertai UMNO.

“Saya tertarik dengan (program) transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri benar-benar memikat hati saya. Oleh itu saya membuat keputusan mahu menyertai UMNO secara rasmi dan secara tidak langsung ingin menyumbangkan tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara serta kemajuan industri hiburan,” katanya.

Bersama rakannya, pelakon komedi merangkap Presiden Seniman Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, mereka menyerahkan borang keahlian mereka menyertai UMNO di ibu pejabat UMNO di sini semalam.

Harun berkata, peminat seharusnya menilai hasil karya mereka dan bukan kerana mereka menjadi ahli UMNO.
“Saya berharap perkara ini tidak akan dipolitikkan kerana kami ikhlas untuk menjadi ahli UMNO. Apa yang kami lakukan hari ini atas kesedaran tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia dan harapan kami supaya kami akan dapat sama-sama membantu negara serta dapat memajukan lagi industri hiburan.

“Sekiranya ada yang mula berkata-kata bahawa kami masuk Umno kerana mahu mencari rezeki lebih, itu salah sama sekali kerana rezeki adalah ketentuan Allah dan bukan kerana kami masuk UMNO,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s