KDN JANGAN ULANGI KESILAPAN LALU!!!

 

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak jangan mengulangi kesilapan sama iaitu terlalu berlembut semasa menangani demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam mendepani ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’, Isnin depan.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, pada demonstrasi Bersih 9 Julai lalu, KDN terlalu berlembut dan lambat bertindak sehingga akhirnya Kuala Lumpur lumpuh dan para peniaga terpaksa menanggung kerugian besar.

Katanya, KDN perlu mengambil langkah pencegahan yang tegas dengan segera ke atas parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu yang menganjur ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ kerana pihak terbabit bercita-cita untuk menghuru-harakan negara.

“KDN jangan hanya berani dan pandai bertindak tegas dalam mengambil tindakan ke atas anggota polis yang melanggar prosedur semasa mengawal demonstrasi sahaja sebagaimana dibuktikan ke atas beberapa anggota polis pada Bersih lalu, tetapi lemah bila berdepan pembangkang.

“Namun jika KDN tetap enggan berubah walaupun ketika ini negara berdepan dengan ancaman huru-hara, malah tidak mustahil akan berlaku kematian di kalangan rakyat tidak berdosa, buatlah persiapan khas menyedia makanan dan minuman terbaik kepada peserta demonstrasi.

“Soalnya apa hebat sangat Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sehingga KDN sendiri pun takut nak bertindak walaupun jelas segala tindak-tanduknya membelakangkan undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran Isnin depan bagi mendesak mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Malah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan angkuh bertekad untuk mengumpul seramai 100,000 penyokong di pekarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan kepada Anwar walaupun pihak berkuasa menasihat mereka membatal hasrat tersebut.

Dalam pada itu, Mohd. Zahid berkata, demonstrasi 9 Januari nanti adalah kesempatan terbaik bagi KDN untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada kredibiliti serta fungsi kementerian itu dengan mengambil segala langkah tegas ke atas penganjur demonstrasi.

“Kita tidak mahu lagi rakyat terus mempertikai ‘kejantanan’ KDN kerana kementerian ini adalah satu cabang kementerian yang sangat penting kepada keselamatan negara. Jadi guna kesempatan ini untuk mengembalikan keyakinan rakyat yang selama ini pudar,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s