PM BERI JAMINAN, TIDAK KHIANATI FELDA..!!!

pm-felda1

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak patahkan usaha berterusan pembangkang gugat penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) tak lama lagi dengan menegaskan bahawa beliau samasekali tidak akan mengkhianati Felda.

Berucap di majlis PM bersama warga Felda di Felda Gedangsa di Hulu Selangor pagi Jumaati, Najib berkata azamnya adalah untuk membawa legasi ayahandanya bekas Perdana Menteri ke dua negara Tun Abdul Razak Hussein itu melangkah lebih jauh dari sekadar kini  juara kampung ke arena global.

“Saya tak akan mengkhianati legasi Felda ini, dan apatah lagi saya sebagai anak kepada pengasas Felda, sudah tentu tidak akan mengkhianati perjuangan ayahanda saya yang telah membina Felda dengan bersusah payah, dengan jerih perit pengorbanannya yang telah dilakukan bertahun-tahun.”tegasnya.

Perdana Menteri juga memberi jaminan selain dari peneroka akan dapat durian runtuh hasil penyenaraian FGVH, mereka juga akan terus nikmati segala faedah mereka dapat selama ini.

Beliau meminta warga Felda jangan percaya dakyah pembangkang dan pihak tertentu yang membuat pelbagai tomahan terhadap langkah penyenaraian FGVH.

Perdana Menteri mengingatkan mereka tentang gelagat pihak pembangkang yang merasa mereka akan ‘ kurang markah’ jika Felda berjaya.

“Inilah yang dikhuatirkan pembangkang…mereka cuba keruhkan suasana dan porak perandakan masyarakat Felda kerana dia takut bila sampai masa kita kotakan janji, masyarakat Felda akan dapat rahmat begitu besar dan ini akan beri kesan kepada mereka waktu pilihan raya nanti.

“Inilah tujuan niat mereka, untuk porak peranda Felda, menghasut serta memberi maklumat yang tidak tepat untuk timbulkan kebimbangan dalam Felda,” kata Najib.

pm-felda3xx

Pertemuan dengan warga Felda di Utara Selangor merupakan lawatan turun padang beliau yang pertama tahun ini.

Sebelum antara usaha pembangkang ialah mencetuskan kecurigaan keatas penyenaraian itu kononnya peneroka akan rugi dan mempersoalkan lantikan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Baru-baru ANAK yang dinaungi oleh Ahli Jawatankuasa Pusat PAS,Mazlan Aliman mengadakan demonstrasi yang tidak mendapat sambutan di depan Wisma Felda di  Kuala Lumpur.

FGVH akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada April ini dan segala urusan kearah itu sedang berjalan lancar.

Perdana Menteri juga memnberi jaminan penyenaraian itu akan diuruskan dengan cara paling profesional bagi menjadikannya syarikat perladangan terkemuka di dunia.

“Kita akan uruskan Felda ini dengan cara yang lebih tersusun, hak bidang komersial kita akan buat secara komersial (dan) akan diuruskan dengan tahap profesionalisme yang setinggi mungkin,” katanya.

“Kita juga akan dapat rakan kongsi yang merupakan syarikat antarabangsa… supaya kita tidak lagi menjadi pengeluar minyak sawit sahaja, tetapi juga meraih keuntungan di pasaran Eropah, China dan negara lain,” katanya.

Beliau menjelaskan sudah tiba masanya bagi Felda untuk menguasai pasaran global dan pasaran dunia bagi memastikan keuntungan lebih besar dapat dicapai.

Katanya penyenaraian itu akan membantu proses lonjakan kedua untuk masyarakat itu melalui pemilikan saham dengan syarikat global yang akan menjana dividen tinggi.

Lonjakan pertama telah berjaya mengubah kehidupan mereka daripada yang tidak ada tanah dan kais pagi makan pagi kepada mempunyai rumah sendiri yang agak mewah, katanya

Untuk mengelak kebinbangan para peneroka,beliau memberitahu walaupun Felda akan dikorporatkan dalam bidang pengurusan ladang, program sosio ekonomi untuk masyarakat Felda seperti menyediakan kemudahan infrastruktur ,pinjaman tanpa faedah RM40,000 serta bantuan kebajikan untuk masyarakat peneroka tetap akan diteruskan.. AgendaDaily – 6/1/2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s