TENTERA SEDIA BANTU POLIS HADAPI SEGALA KEMUNGKINAN 901

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan khidmat Angkatan Tentera Malaysia kepada Polis Diraja Malaysia bagi menghadapi perhimpunan haram anjuran Parti Keadilan Rakyat pada Isnin ini.

Katanya beliau yakin polis mampu menangani sebarang kemungkinan semasa perhimpunan itu yang dijangka dihadiri ribuan penyokong parti itu pada hari mahkamah mengumumkan keputusannya dalam kes melibatkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat.

“Oleh kerana PDRM mempunyai kekuatan anggota yang mencukupi, ATM yakin bahawa mereka boleh melaksanakan tugas menangani sebarang permasalahan yang timbul pada 9 Jan nanti.

“Namun jika situasi memerlukan ATM untuk membantu PDRM, kita sentiasa bersiap siaga demi keselamatan dan pertahanan negara bagi menentukan kerajaan yang sah, sistem perundangan yang telus, serta sistem demokrasi yang sedia dijalankan begitu lama oleh negara kita, akan dapat dipertahankan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, Jumaat.

 

Bernama melaporkan Ahmad Zahid meminta kedua-dua pihak, sama ada penyokong atau yang menentang perhimpunan itu, supaya berkompromi dan tidak mengadakan perhimpunan itu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s