KENAPA PENGAWAL PERIBADI ANWAR DISUNTIK DADAH…???

AIDCNews – 08/01/12 – Jika dalam perhimpunan haram BERSIH 2.0, Fayyad Afiq Albakqry, pegawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terkena kelonsong peluru kanister kerana hendak menyelamatkan Ketua Umum PKR, kini menjelang keputusan kes liwat membabitkan Anwar, pegawal peribadi yang sama mendakwa dia telah disuntik dadah jenis morfin.

“Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismaildisyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi, lapor Suara Keadilan yang turut disiarkan di anwaribrahimblog

“Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun”, lapor portal organ PKR itu.

Dia kini sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, Najwan Halimi yang juga salah seorang saksi pembela kes liwat II Anwar berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan.

“Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun,”katanya.

Bernama melaporkan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob dalam sidang akhbar berasingan selepas melawat Fayyadh Afiq di HSJ berkata polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes berkenaan.

Katanya HSJ turut menubuhkan pasukan khas perubatan bagi mengetahui punca sebenar dan tahap kecederaan yang dialami mangsa.

Pasukan itu yang diketuai Pengarah HSJ Dr Azlina Mohd Radzi, Pakar Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor dan Pakar Perubatan Dalaman HSJ Dr Teoh Guik Lee.

Ayub berkata pemeriksaan perubatan mendapati tiada kesan atau tanda-tanda mangsa diracun atau disuntik dengan dadah sepertimana yang dilaporkan dalam beberapa blog.

Barangkali sehingga kini Fayyadh masih lagi gagal menamakan siapakah penyuntik itu, sebagaimana diagagal menamakan siapakah yang telah menembak peluru kanister ke mukanya dalam BERSIH 2.0 dahulu.

Anuar Shaari, bekas Setiausaha Politik Dr Wan Azizah mendedahkan strategi menarik simpati dengan mereka-reka cerita kononnya Anwar Ibrahim atau isterinya, Wan Azizah mahu di’bunuh’ bukanlah perkara baru, malah telah digunakan sejak dari zaman reformasi lagi.

“Cerita Fayyadh itu sama seperti kes skuad penembak sedang bidik muka Dr Wan Azizah. Hanya cerita dari mulut ke mulut sahaja. Laporan polis tidak dibuat sebab tidak ada bukti.

“Sekadar spin isu untuk raih simpati orang ramai dan menimbulkan kebencian kepada pihak polis dan pemerintah”, katanya.

Sementara itu, pisau.net melaporkan esok merupakan hari penentuan kepada anak saudara Anwar, Aidil Rafizul bin Idrus yang akan dibicarakan dalam kes mengambil dadah.

Aidil adalah anak kepada Idrus Ibrahim, abang kepada Anwar.

Anak saudara Anwar itu merupakan pegawai khas kepada YB Law Choo Kiang Adun PKR Bukit Tambun dan juga salah seorang bekas pemimpin AMK Pulau Pinang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s