SASTERAWAN NEGARA JUGA TIDAK SETUJU KERJASAMA DAP-PAS..!!!!!

GEORGETOWN – Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad tidak setuju dengan dasar kepimpinan Pas sekarang yang mengadakan kerjasama dengan DAP.

Kedua-dua parti itu dan PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, konsep kerjasama antara Pas dan DAP sekarang ini bertentangan dengan konsep yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW.

“Rasulullah SAW pada zaman dahulu tidak bekerjasama dengan musyrikin, sebaliknya baginda meletakkan syarat untuk mewujudkan keharmonian atau keamanan.

“Saya tidak bersetuju dengan kerjasama antara Pas dan DAP ini,” kata beliau kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan beberapa ahli Pas Tanjong di rumahnya di sini, hari ini.

Shahnon yang juga bekas Ahli Parlimen Sik turut menolak penggunaan istilah ulama dan profesional dalam kalangan pemimpin Pas masa kini.

Menurutnya, istilah profesional adalah mengikut sesuatu disiplin kerjaya seperti kedoktoran, kejuruteraan dan pendidikan.

“Profesional adalah pakar seperti saya digelar profesor kerana saya adalah profesor dalam kesusasteraan.

“Pas tidak nampak ulamanya melainkan (Mursyidul Am) Tok Guru (Datuk) Nik Aziz Nik Mat sahaja,” katanya.

Shahnon yang terkenal dengan buku S.H.I.T sebelum ini berkata, pandangannya sekarang ini tidak lagi mahu didengar oleh sesiapa pun kerana sudah lama tidak aktif dalam politik.

Sungguhpun begitu, beliau masih aktif menjadi penulis kolum bagi sebuah majalah sastera.

Beliau menjalani pembedahan injap tahun lalu.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang hati dengan peningkatan jenayah di negara ini.

“Sepatutnya hududlah yang dijalankan iaitu hanya ke atas orang Islam. Inilah caranya untuk mengatasi jenayah,” katanya – sinar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s