ANWAR BEBAS… APA KATA RAHIMI…???

RAHIMI  :  ANWAR BEBAS, TIDAK BERMAKNA TIADA LIWAT

SHAH ALAM – Ketika penyokong Pakatan Rakyat (PR) bersorak selepas mahkamah mem­­bebaskan Ketua Pem­bangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih ada individu kurang berpuas hati mendakwa Anwar adalah peliwat sebenar.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, menghormati keputusan dibuat Mahkamah Tinggi semalam, bagaimanapun masih yakin Anwar adalah pelaku di dalam kes tersebut.

Rahimi individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Saiful kepada Anwar berkata, walaupun bukti untuk mensabitkan Anwar masih lemah, tetapi itu tidak bermakna perkara liwat tidak berlaku antara mereka.

“Saya hormati keputusan mahkamah, namun saya tetap tidak mahu menafikan bahawa Anwar meliwat Saiful.

“Tiga tahun saya bekerja dengan Anwar dan saya kenal siapa dia. Tidak cukup bukti tidak bermakna perkara liwat tidak berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Rahimi berkata, keputusan ini menunjukkan badan kehakiman negara bebas dan tiada sebarang rancangan konspirasi jahat.

“Jika ada, sudah tentu Anwar akan didapati bersalah, tidak kira pendakwaan mempunyai cukup bukti atau tidak,” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau orang kuat di belakang Saiful dalam memperjuangkan kebenaran, Rahimi berkata, beliau tidak menyokong Saiful ataupun Anwar kerana sokongan terhadap individu akan membuat manusia taksub dan buta pada kebenaran.

“Saya cuma akan terus berjuang untuk menegakkan kebenaran dan menghalang Anwar daripada menjadi pemimpin Malaysia kerana masalah moralnya,” katanya – sinar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s